Sebuah mahkamah mengharamkan seorang pemuda daripada memiliki haiwan ternakan selama 10 tahun selepas dia didapati bersalah melakukan hubungan terlarang dengan seekor lembu di Britain, lapor portal berita Daily Star semalam.

Liam Brown, 25, juga perlu melakukan kerja komuniti selama 36 bulan dan melakukan kerja tanpa gaji bagi tempoh 15 jam selain perlu membayar ganti rugi sebanyak £600 (RM3,537) selepas hukuman ke atasnya dibacakan baru-baru ini.

Perbuatan Brown dirakam sistem televisyen litar tertutup (CCTV) yang dipasang oleh pemilik ladang kerana mengesyaki lembu-lembunya itu ‘diganggu’ apabila pakaian dan sarung tangan ditemui di kawasan tersebut.

Ketika ditemui, seluarnya dilucutkan dan dia jelas melakukan perbuatan terlarang.

Bagaimanapun, dia yang cuba melarikan diri daripada pemilik ladang yang marah, bertindak melompat ke bahagian lain ladang sebelum lembu lain memijaknya.

Dia ditemui terbaring di atas lantai sambil menjerit: “Maafkan saya.”

Lembu-lembu itu dikatakan mengalami kesihatan yang merosot dan syak wasangka pemilik ladang tersebut akhirnya terlerai pada awal pagi 12 Jun 2022 di Burton, Dorset.

Sampel asid deoksiribonukleik (DNA) telah diambil daripadanya membuktikan kesalahan Brown.

Sumber: Kosmo Online!