Masa Depan, Pilihanmu. Daftar Sekarang!

"Sekuat Mana Kita Genggam & Tahan, Sampai Masa..." - Puteri Sarah

Syafiqah Jalal
11/04/2023 13:44 MYT
"Sekuat Mana Kita Genggam & Tahan, Sampai Masa..." - Puteri Sarah

Pelakon Puteri Sarah Liyana akui terima kenyataan dalam kehidupan ini manusia tidak boleh memilki kesemuanya.

Puteri Sarah yang bakal bercerai dengan suami Syamsul Yusof pada 18 April tidak lama lagi itu kedengaran reda dengan takdirnya.

"Dalam kehidupan kita tak boleh memiliki ke semuanya. Sekuat mana kita genggam, sekuat mana kita cuba tahan bila sampai masanya Allah nak kita lepaskan, kita kena lepaskan.

"Banyak hal yang kita tak boleh nak memiliki dalam masa yang panjang sebab fitrah duniawi memang datang dan pergi," katanya.

Puteri Sarah berkongsi luahan rasanya itu menerusi satu hantaran status dalam Instagram.

Tambah Puteri Sarah lagi, apa sahaja aturan Allah yang penting dia hanya mahukan ketenangan.

"Bila kita yakin yang Allah dah aturkan yang terbaik maka kita kena reda dan ikhlaskan.

"Meski memakan banyak masa, tak mengapa asalkan kita ajar diri dan didik diri untuk lebih bersikap terbuka.

"Kekecewaan dunia hanyalah sementara sedangkan ada kebahagiaan lain yang Allah cuba simpan untuk kita. Jodoh yang lain Allah simpan untuk kita. Apa yang kita perlukan sekarang, hati yang tenang dan bulatkan keyakinan sepenuhnya pada Allah," katanya lagi.

Terdahulu, Mahkamah Rendah Syariah menetapkan 18 April ini untuk pengarah, filem Syamsul Yusof, 39, melafazkan cerai terhadap isteri pertamanya, Puteri Sarah Liyana, 32.

Hakim Syarie Akmaluddin Ilyas menetapkan tarikh itu, selepas peguam syarie yang mewakili kedua-dua pihak memaklumkan terdapat perkembangan baharu dan penyelesaian antara kedua-dua pihak.

Syamsul juga akan menarik menarik semula semua tuntutan termasuklah nusyuz yang difailkan pada 21 Mac lalu.
#Kahwin #cerai #Syamsul Yusof #Puteri Sarah #kekal
;