Pelukis mural potret pemimpin negara di Taman Cahaya Alam, Seksyen U12, Shah Alam, Suhaimi Ali mengucapkan terima kasih kepada orang ramai yang menyokong bakatnya.

Selain itu, Suhaimi turut memohon maaf kerana tiada lagi mural dan tempat untuk bergambar di Seksyen U12.

“Saya hanya nak ucapkan terima kasih kepada semua kerana menyokong dan menghargai bakat saya sepanjang sebulan ini.

“Terima kasih juga kerana beri saya tunjukkan bakat yang ada ini kepada semua. Saya mohon maaf kerana selepas ini tiada lagi mural di U12.

“Tiada lagi tempat untuk orang datang bergambar di sana, hero is gone,” katanya ringkas.

Sementara itu, warganet mengucapkan terima kasih kepada Suhaimi kerana menghasilkan mural penuh bermakna itu.

Mereka turut berpesan kepada Suhaimi agar tidak berputus asa dan terus berkarya untuk orang ramai.

“Thank you Suhaimi Ali for creating the mural. You did the best to remember all of our hero in Malaysia. Sad to see, tindakan tidak bermoral yang menconteng tersebut tanpa mengira penat lelah orang yang menghasilkannya.

"Jangan putus asa Suhaimi Ali, mesti rasa penat selepas semua ni berlaku,” antara komen warganet di laman sosial.

Terdahulu, mural gergasi yang memaparkan pemimpin negara termasuk potret Yang Di-Pertuan Agong (YDPA), Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah, Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin, Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang, Ketua Pengarah Kesihatan Datuk Dr Noor Hisham Abdullah, Menteri Kanan Keselamatan, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob dan Menteri di Jabatan Perdana Menteri Hal Ehwal Agama Datuk Dr Seri Zulkifli Mohamad Al Bakri.

Mural yang dirosakkan pihak tidak bertanggjungjawab itu menimbulkan rasa tidak puas hati di kalangan warganet.

Selain Suhaimi dua lagi rakannya, Mohd Firdaus Nordin dan Abdul Hadi Ramli turut membantu menghasilkan mural gergasi berkenaan ketika Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) beberapa bulan lalu.