“Sekurang Kurangnya Saya Tak Fake…” - Mawar Karim Kongsi Quotes Perli Siapa?
08/02/2023 07:00 MYT
Nama bekas isteri kepada pelakon Fizo Omar iaitu Mawar Karim sekali lagi menjadi bualan selepas dia berkongsi beberapa petikan kata-kata (quotes) di Instagram Stories miliknya baru-baru ini.
Quotes yang seakan mewakili isi hatinya itu menjelaskan dirinya mungkin tidak sempurna, namun sekurang-kurangnya dia tidak menjadi seorang yang berpura-pura.
“Saya mungkin bukan yang sempurna, tapi sekurang-kurangnya saya tidak fake (berpura-pura). Dengan saya, apa yang awak lihat itulah yang awak dapat,” tulis kata-kata berkenaan.
Sementara itu, menerusi quotes kedua pula, ia menjelaskan kebenaran sebenar akan terdedah apabila tiba waktu yang tepat untuk mereka yang bersikap berpura-pura.
“Ia bukanlah kerja saya nak dedahkan orang yang berpura-pura. Akan ada masanya mereka akan mendedahkan siapa diri mereka yang sebenarnya,” ujar kata-kata tersebut.
Terdahulu, Mawar meluahkan rasa terkilan apabila ada individu yang menegur penampilan terkininya kerana dikatakan sudah tidak secantik ketika menjadi isteri kepada Fizo Omar.
Bagaimanapun, Mawar dilihat tidak melatah dengan komen nakal tersebut, sebaliknya melahirkan rasa syukur kerana mengakui kehidupannya kini lebih tenang.
Undi bintang digital dan content kegemaran Top 5 anda di Gempak Most Wanted Awards 2022 di sini.