Hanya makan bubur sehari sekali dan kutip sayur-sayur di tepi jalan.
Itu rutin yang dilalui seorang ibu tunggal di sini sejak dua tahun lalu selepas hilang pekerjaan berikutan pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).
R Suganthi, 53, berkata, keadaan itu terpaksa diharungi bersama anak perempuannya, M Lalithambiga, 33, akibat kesempitan hidup dan wang.
Dia yang kini hidup menumpang di rumah rakan mengakui pada mulanya malu untuk meminta bantuan, namun terpaksa merayu keprihatinan orang ramai selepas tidak lagi sanggup melihat anak perempuannya yang menderita sakit tulang belakang tidak makan dan minum.
"Sepanjang dua tahun ini, kawan-kawanlah yang banyak bantu, ada yang beri duit dan ada juga belikan barang dapur untuk kami dua beranak makan, jadi dengan bekalan makanan itulah kami berjimat.
"Kami makan hanya satu kali sehari, itu pun bubur nasi kosong yang dicampur dengan bawang dan cili goreng, biasanya kami akan makan lewat dalam jam 4 ke 5 petang supaya dapat alas perut sampai ke malam," katanya ketika ditemui pemberita pada Khamis.
Suganthi dan anaknya berharap ada sinar baharu buat mereka mendiami rumah sendiri daripada hidup menumpang rumah orang.
Suganthi yang sebelum ini bekerja sebagai pengawal keselamatan di sebuah kolej swasta berkata, oleh kerana tidak mempunyai wang bagi membeli keperluan dapur, dia hanya mengutip tumbuhan yang boleh dijadikan sayur di tepi-tepi jalan sekitar rumah.
"Selagi boleh bertahan, saya akan bertahan... sebenarnya saya tidak kisah kalau saya tak makan, tetapi bila mengenangkan keadaan anak yang sakit tidak makan, hati saya sedih, rasa seperti ibu yang tidak berguna," katanya.
Dia berkata, anaknya pernah terlibat dalam kemalangan pada 2011 lalu hingga mengakibatkan hilang ingatan dan memberi kesan sampingan terhadap kesihatannya sehingga tidak mampu untuk bekerja.
Katanya, dia berharap ada pihak sudi tampil membantu terutama menyediakan rumah sewa untuk dia dan anaknya tinggal lebih selesa.
"Selepas diminta keluar dari rumah sewa dulu, saya tinggal di rumah rakan, kebetulan rumah itu mahu dijual tetapi belum ada pembeli, jadi saya tinggal di sana.
"Selepas itu, rakan saya tawarkan duduk di salah satu rumahnya di Ipoh, sudah enam bulan kami tinggal menumpang di sini, selepas ini tidak tahu ke mana pula arah hidup kami," katanya.
Keperitan hidup keluarga berkenaan mendapat perhatian Yayasan Era Suria (YES) dan Srikandi Perak yang hadir menyampaikan bantuan kewangan dan barangan keperluan dapur.
Suganthi ketika menerima kunjungan Nor Raidah (kiri) dan Puteri Holijah (kanan) yang hadir menyampaikan sumbangan.
Pengerusi YES Perak, Nor Raidah Awang berkata, keluarga itu telah menghubungi pihak yayasan pada Rabu memaklumkan bahawa mereka telah terputus bekalan makanan.
"Kami mengambil inisiatif menyediakan barangan seperti beras, sardin, gula, tepung, roti dan mihun bagi memastikan mereka dapat makan," katanya.
Hadir sama, Ketua Srikandi Perak, Puteri Holijah Muhamad Rali.
Sumber: Sinar Harian
Gempak
Thu Jun 24 2021
Orang Kaya Dubai Memang Next Level, Angkat Kenderaan Pakai Bot, Main Jet Ski Pasca Banjir
Dunia barangkali melihat banjir yang melumpuhkan bandaraya Dubai sebagai sebuah bencana.
Izara Aishah Pilih Tawaran Berlakon, Hanya Filem & Drama Bersesuaian - “Jalan Cerita Sekarang, Saya Tak Minat”
Izara tak minat jalan cerita drama sekarang.
Alyssa Lee Dedah Sikap Amalina Arham Ketika Pertama Kali Jumpa Di Set Drama ‘Khun:Sa’ - “Awak Bukan Hidung Tinggi Tapi…”
Alyssa & Amalina kongsi pengalaman bertemu di set.
Pelajar Sekolah Meninggal Dunia Ketika Merentas Desa
Seorang pelajar lelaki sebuah sekolah menengah di sini rebah sebelum disahkan meninggal dunia ketika menyertai kejohanan merentas desa di sekolahnya pada Jumaat.
Bawa Watak Protagonis, Sofia Jane Terima Pelakon Wanita Terbaik di Festival Filem Asia ke-21
Pelakon, Datin Sofia Jane berjaya meraih anugerah pelakon wanita terbaik menerusi lakonan hebatnya yang membawa watak protagonis (Maryam) di filem Maryam Pagi ke Malam pada Festival Filem Asia ke-21 di Rom, Itali.
Ini Sebab Kenapa Kedudukan Hos Tandas Ini Menerima Pujian Daripada Netizen
Netizen memuji kedudukan hos pada tandas awam ini
Mungkin Saya Bukanlah Orang Yang Baik, Tetapi Paling Tidak Saya 'Tidak Munafik' - Bella Astillah
Pelakon, Bella Astillah mengaku bahawa dirinya bukanlah orang yang baik.
Tok Ram fitness padu macam orang muda | Projek Bapak Bapak S3
Saksikan Travel Lawak Bapak Bapak S3 bermula 18 April 2024, setiap Khamis, 9 malam di Astro WARNA dan Strim di Astro GO.
#TravelLawakBapakBapak #TLBB #AstroWarna #AstroBaharu
#TravelLawakBapakBapak #TLBB #AstroWarna #AstroBaharu
Azira DeFam Tak Sangka Lagu Alamak Raya Sudah Sampai Ke Negara Jepun!
Salah seorang anggota kumpulan De Fam, Azira Shafinaz tidak menyangka lagu raya pertama mereka yang berjudul Alamak Raya Lagi mendapat sambutan yang hangat.
“Saya Hanya Cuba Untuk Membuatkan Diri Saya Berdiri Semula…” - Senyuman Aliff Aziz Tak Sindir Sesiapa
Penyanyi dan pelakon Aliff Aziz membuka mulut mengenai isu lagu yang dikongsikan menerusi Instagram Story baru-baru ini.