Laman Utama

“Selagi Fungsi Dengan Baik, Tidak Jadi Masalah” – Hishammuddin, Penggantungan Pesawat Hawk 108 Bergantung Hasil Siasatan

gempak
Mya Amri
17/11/2021
17:38 MYT
Sponsor Banner
“Selagi Fungsi Dengan Baik, Tidak Jadi Masalah” – Hishammuddin, Penggantungan Pesawat Hawk 108 Bergantung Hasil Siasatan
Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein menjelaskan, pesawat pejuang Hawk 108 akan terus digunakan untuk latihan dan operasi.
Menurut Menteri Pertahanan, buat masa ini, keputusan penggantungan pesawat itu hanya akan dibuat selepas siasatan dijalankan Lembaga Siasatan Khas.
Beliau berkata, selagi mampu berfungsi dengan baik, pesawat berkenaan akan terus digunakan, namun, kerajaan juga dalam masa sama akan tetap meneruskan perancangan untuk membeli pesawat baharu.
"Selagi berfungsi dengan baik ia tidak jadi masalah (penggunaan pesawat Hawk) dan sebarang keputusan (menggantung operasi) akan dibuat berdasarkan hasil siasatan,” katanya.
Untuk berita lanjut sila layari Astro AWANI di sini.
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Gempak Non Stop Live