Layan Gempak Non-Stop Live hari ini selama 12 jam! Kumpul kata kunci & menang hadiah menarik di sini
Berita

"Selagi Hidup Tak Susahkan Orang, Persetankan Mereka" - Abam Bocey

Rozaimi Zubaidi 06/05/2019 | 05:49 MYT
Pelawak dan pelakon Abam mengingatkan peminatnya supaya sentiasa positif dalam meneruskan kehidupan.
Menerusi entri di Instagram (IG), Abam berkongsi gambar terkininya berserta kapsyen kepada pengikutnya.
"Abang Paskal mula bertugas sendiri. Selagi hidup tak susahkan orang, persetankan mereka.
"Biarkan anasir jahat, kita pandang ke depan," tulisnya.

Abg paskal mula bertugas sendiri... Selagi hidup xsusahkan org... Persetankan mereka... Biarkan anasir.... Kita pandang ke depan... . #pendosa #pendosadunia #misimengecil #gemokisawesome #keciluntukibadah #taksukabolehjalan #jangansibukhalorang #kitabaikramaisayang #boceyMLM2018 #gshock #gshockmalaysia #SIKASIH

A post shared by ABAM™ BOCEY (@abam_bocik) on

Menerusi ruangan komen, rata-rata bersetuju dengan apa yang dikatakan oleh Abam dan mendoakan kejayaannya.
Ada juga yang berharap agar Abam tabah dengan kritikan dan hinaan yang diberikan oleh orang ramai kepada dirinya.
"@kerollz_black: Steady Abam. Demi agama, bangsa dan tanah air tercinta. Berjuang lah selagi termampu."
"@sw_amiera: Seoga dikurniakan rezeki yang melimpah ruah buat Abam. Aamiin."
"@Riduan: Jangan pedulikan apa orang nak kata Abam, teruskan melangkah kehadapan dan lebih berjaya pada masa akan datang."
Abam dan isteri, Siti Norhidayah berkahwin pada 8 Disember 2017 di Masjid Jamek Sultan Hishamuddin, Sabak Bernam, Kuala Selangor.
;