Layan Gempak Non-Stop Live hari ini selama 12 jam! Kumpul kata kunci & menang hadiah menarik di sini
Hiburan

"Selagi Mana Usaha, C & D Tak Penting Pun" - Norzizi Kongsi Keputusan Cemerlang 6A UPSR Anak Sulung

Amri Hassan 22/11/2019 | 03:48 MYT
Pelakon dan pensyarah Dr. Norzizi Zulkifli memanjatkan rasa syukur atas kejayaan anak lelakinya, Muhammad Armada Jiwa yang beroleh keputusan cemerlang 6A dalam Ujian Penilaian Sekolah Rendah (UPSR) yang diumumkan semalam.
Merasakan rezeki itu berkat daripada pengorbanannya menjaga ibu dan bapa yang uzur, akui Zizi dia tidak henti menangis.
"Saya yakin berkat jaga ibu bapa. Alhamdulillah Muhammad Armada Jiwa UPSR 6A dan PSRA (Peperiksaan Penilaian Sekolah Rendah Agama) all Mumtaz!
"Saya tak boleh berhenti menangis. Terima kasih Allah!" kongsinya menerusi Instagram pagi Jumaat.

Saya yakin berkat jaga Ibu Bapa. Alhamdulillah Muhammad Armada Jiwa UPSR 6A dan PSRA all Mumtaz! I can’t stop crying! Terima kasih Allah!

A post shared by norzizi zulkifli (@norzizizulkifli) on

Zizi turut mengucapkan terima kasih buat guru-guru yang mendidik anaknya hingga tidak memerlukan kelas tuisyen.
Berkongsi lebih lanjut cerita menarik mengenai Armada, sebagai seorang ibu dia tidak menyandarkan harapan untuk anaknya itu memperoleh apa jua keputusan dalam peperiksaan.
"Dia tak sangka. Dia risau sentiasa mengenangkan keputusan yang akan di capai.
"Sejak habis exam, naik-naik kereta je muka dah risau which dia patut happy and meraikan dah habis exam!
"Mak dia relax je. Berapa-berapa je la dapat anak, ibu sentiasa bahagia apa jua results yang dapat.
"Selagi mana kita dah berusaha, C or D it doesn’t matter. Janji dah usaha. Yang tak usaha tu nak kena!" tambahnya.

Dia tak sangka. Dia risau sentiasa mengenangkan keputusan yang akan di capai. Sejak habis exam, naik2 kereta je muka dah risau which dia patut happy and meraikan dah habis exam! Mak dia relax je. Berapa2 je la dapat anak, Ibu sentiasa bahagia apa jua results yang dapat. Selagi mana kita dah berusaha, C or D it doesn’t matter. Janji dah usaha. Yang tak usaha tuuu nak kenaaaaaaaaa!!!!????

A post shared by norzizi zulkifli (@norzizizulkifli) on

Armada merupakan anak sulung daripada empat beradik iaitu Tulus Jiwa Ramadan, 10, Indah Hening Kasih, 9 dan Anggun Kasih Rupawan yang baru berusia setahun.
#Anak #UPSR #Norzizi Zulkifli
;