"Selagi Mencari Pengakhir...Tak Akan Pernah Jumpa" - Alyah

Asraf Aided
Julai 14, 2020 04:09 MYT
Penyanyi Datin Alyah menyifatkan masalah kewangan sebagai satu masalah yang tidak berpenghujung.
Jadi, pemilik nama sebenar Hasliah Abu Hasan ini mengajak orang ramai untuk sentiasa bersyukur dengan rezeki kurniaan Tuhan.
"Nombor dimulakan dengan 1, tapi tak tahu berakhir di mana, sama juga dengan duit, selagi kita mencari pengakhir bagi masalah duit, maka kita tak akan pernah jumpa.
"Jadi bersyukurlah dengan setiap apa yang kita miliki, Insya-Allah semua akan dicukupkan oleh Allah SWT," tulisnya di Instagram.
Meninjau ruangan komen entri berkenaan, rata-rata wargamaya turut bersetuju dengan kata-kata penyanyi kesayangan mereka itu.
Sekadar info, Alyah telah mendirikan rumah tangga bersama maestro muzik terkenal, Datuk Ramli MS pada tahun 2013.
BACA : Alyah Tak Putus Doa Untuk Zuriat
BACA : Demi Zuriat, Alyah Rancang Buat IVF
#Penyanyi #Penyanyi #Datin Alyah