Jom Sertai Keluang Man Fun Run yang akan berlangsung pada 18 Mei 2025 dan berlari bersama Borhan! 
HIBURAN

“Selagi Tulang Tak Patah Saya Okay” - Qasrina Karim

Asyraf Roslan 12/05/2025 | 20:55 MYT

Pelakon, Qasrina Karim akui terlibat dalam satu insiden ketika melakokan sebuah babak dalam drama terbaharunya iaitu Thariq Ridzuwan: His Treasure.

Jelas Qasrina atau Qasrina Abdul Karim jari kakinya telah disahkan mengalami keretakan selepas membuat pemeriksaan lanjut di hospital.
“Ia bukan scene aksi ke apa, hanya normal scene sahaja tapi saya terlanggar sesuatu sehingga retak sedikit jari kaki saya.
“Malam itu bila saya kena, saya tahan je dulu. Saya tak stop shooting dan saya tak bagi tahu sesiapa sebab saya tak nak ganggu pengambaran sebab banyak juga babak yang perlu diselesaikan pada malam itu.
“Tapi lepas habis je semua saya sedar jari saya dah mula bengkak dan bila pergi ke hospital, buat X-ray dan mereka kata retak,” kongsi Qasrina.
Meskipun mengalamai kecederaan, Qasrina tetap komited untuk meneruskan penggambaran drama yang bakal menghiasi slot Dramavaganza di Astro Ria tidak lama lagi.
Jelas Qasrina, dia tidak mahu menganggu masa produksi dan mengambil langkah berjaga-jaga sepanjang berada di set penggambaran.
“Saya tak ambil rehat sebab saya tak nak kacau masa pengambaran cuma saya akan lebih berhati-hati, cuma kena banyak main angle camera untuk tak nampak kaki saya yang tengah berbalut.
“Mental saya agak terganggu juga sebenarnya, tapi saya tak nak bagi tahu orang lain sebab saya tak nak mereka risau. Mereka ada minta saya untuk berehat tapi saya tetap dengan keputusan untuk teruskan shooting. Selagi tulang tak patah saya okay,” katanya.

Selain Qasrina drama Thariq Ridzuwan: His Treasure turut menampilkan barisan pelakon hebat seperti Meerqeen, Evertts Gomes, Noki K-Clique, Mia Sara Shauki dan ramai lagi.

Drama ini dijangkan menemui peminat pada 23 Julai akan datang.

#Qasrina Karim #Thariq Ridzuwan: His Treasure