Hollywood
Selain Aishwarya Rai, Ini 5 Ratu Cantik Yang Dijangkiti COVID-19
Miss World 1994, Aishwarya Rai dan anak perempuannya, Aaradhya Bachchan umum mengetahui kini sedang dirawat di hospital gara-gara dijangkiti COVID-19.
Terdahulu, suaminya Abhishek dan bapa mertuanya, Amitabh Bachchan telah dimasukkan di hospital atas sebab yang sama.
Selain Aishwarya, berikut beberapa Ratu Cantik dunia lain yang turut dijangkini pandemik COVID-19.
1. Miss Alabama 2019
Miss Alabama 2019, Tiara Pennington telah mengumumkan dijangkiti COVID-19 menerusi media sosialnya baru-baru ini.
Selain Pennington, ibunya turut dijangkiti virus sama biarpun kedua-duanya tidak bergejala.
2. Miss Universe Perancis 2018
Miss Universe Perancis 2018, Eva Colas memaklumkan menerusi Instagramnya pada Mac lalu turut terkena virus tersebut.
"Aku berusia 23 tahun dan ada demam-demam, sakit kepala dan sekarang hilang deria rasa dan bau.
"Aku tidak boleh mencium bau makanan dan tidak tahu rasa manis atau masin. Seluruh ahli keluarga aku juga dijangkiti," maklumnya.
3. Miss Universe Mexico 2016
Miss Universe Mexico 2016, Kristal Silva memaklumkan dia dijangkiti COVID-19 pada Julai lalu.
Tunangnya, Luis Angel Garza terlebih dahulu dijangkiti wabak tersebut dan mereka memilih kuarantin di rumah.
4. Miss Louisiana Teen USA 2020
Miss Louisiana Teen USA 2020, Sydney Taylor mengakui dijangkiti virus COVID-19 baru-baru ini.
Masih buntu bagaimana dia dijangkiti virus itu, kekasihnya, Laine Hardy pada masa sama turut terjangkit.
5. Ratu Cantik Navajo
Ratu Cantik Navajo Amerika Syarikat, Valentina Blackhorse dijangkiti COVID-19 selepas merawat temannya.
Menurut laporan NY Times, Blackhorse positif virus itu pada April lalu dan meninggal dunia keesokan harinya.
Must-Watch Video