Masa Depan, Pilihanmu. Daftar Sekarang!

Selain Jerman, Ini 7 Negara Yang Cuba Sistem Kerja 4 Hari Seminggu

Firdaus
04/02/2024 11:55 MYT
Umum sedia tahu, sudah menjadi tradisi dunia untuk manusia bekerja selama lima hari dalam seminggu.

Bagaimanapun, mulai 1 Februari 2024, negara Jerman telah mengumumkan untuk mencuba budaya empat hari bekerja dalam seminggu selama enam bulan bagi bertujuan mengetahui sama ada ia menyumbang kepada produktiviti pekerja.

Selain Jerman, ini antara 7 negara lain yang mencuba sistem empat hari bekerja:

1. Belgium



Pada tahun 2022, Belgium menjadi negara pertama dalam Kesatuan Eropah (EU) yang menjadikan budaya kerja selama empat hari seminggu sebagai pilihan. Bagaimanapun, jumlah jam bekerja tetap sama jika dibandingkan dengan kerja lima hari seminggu yang mencapai keseluruhan sebanyak 40 jam.

2. Netherlands



Menurut data, Netherlands atau lebih dikenali sebagai Belanda menjadi negara yang mempunyai jumlah jam bekerja tersingkat, iaitu keseluruhan sebanyak 29 jam seminggu. Walaupun tiada undang-undang rasmi berkaitan masa bekerja, rakyat di sana kebanyakkannya bekerja empat hari dalam seminggu.

3. Denmark



Denmark merupakan negara kedua dengan jumlah jam bekerja terpendek di dunia dalam seminggu iaitu 33 jam menurut laporan Pertubuhan Kerjasama dan Pembangunan Ekonomi (OECD). Walaupun tiada undang-undang rasmi berkaitan waktu pekerjaan, rakyat Denmark juga rata-ratanya hanya bekerja empat hari dalam seminggu.

4. Australia


20 buah syarikat di Australia cuba mempraktikkan budaya empat hari bekerja dalam seminggu. Meskipun begitu, majikan-majikan berharap agar pekerja boleh bekerja dengan keseluruhan 38 jam seminggu.

5. Jepun


Terkenal dengan budaya kerja melampau, kerajaan Jepun dalam dasar ekonomi tahunan 2021 mencadangkan agar syarikat-syarikat memilih untuk menukar hari bekerja kepada empat hari seminggu. Ini bagi mencegah 'karoshi' yang bermaksud 'kematian kerana kerja melampau'.

6. Sepanyol


Menurut laporan, kerajaan negara Sepanyol merancang untuk melaburkan sebanyak 50 Juta Euros dalam budaya kerja empat hari seminggu yang berlangsung selama tiga tahun. Secara kasar, kira-kira 200 syarikat telah memilih untuk mengambil bahagian dalam perkara tersebut.

7. United Kingdom


Pada tahun 2022, United Kingdom telah menerapkan budaya kerja empat hari seminggu. 61 syarikat dan lebih 300 pekerja menyertai tempoh percubaan tersebut. Pekerja-pekerja bagaimanapun dijangka bekerja dengan maksimum jam keseluruhan sebanyak 48 jam seminggu mengikut undang-undang yang ditetapkan.

Menurut Bloomberg, sebanyak 65 peratus penurunan cuti sakit oleh pekerja semenjak perkara itu dilaksanakan.

Sumber: Times of India

#Gaya Hidup #Australia #Jepun #Jerman #Belgium #United Kingdom #Kerja #Pekerjaan #Denmark #Netherlands
;