Laman Utama

Selain Jumpa, Goldie Hawn Dakwa Disentuh Makhluk Asing Berkepala Segi Tiga

gempak
Maliah Surip
02/11/2023
04:55 MYT
Sponsor Banner
Selain Jumpa, Goldie Hawn Dakwa Disentuh Makhluk Asing Berkepala Segi Tiga
Aktres Goldie Hawn tidak pernah menyembunyikan keterujaannya terhadap kewujudan alien atau makhluk asing.
Meski belum ada bukti sahih, Hawn, 77, sejak dulu percaya makhluk asing wujud.
Dalam temu bual terkininya bersama Apple Fitness+, Time to Walk, Hawn mendakwa pernah bertemu makhluk asing sewaktu berusia 20-an di California.
“Saya masih ingat dengan jelas. Pada satu malam saya keluar dan melihat ke langit. Ada banyak bintang di dada langit yang membuatkan saya mula berfikir ada dan bagaimana makhluk lain hidup di sana.
“Lalu saya beritahu makhluk asing bahawa mereka tidak bersendirian. Saya mahu berjumpa mereka satu hari nanti,” ujar Hawn.
Bintang The First Wives Club tersebut melanjutkan cerita dengan mendakwa empat bulan kemudian dia bukan hanya bertemu tetapi telah disentuh oleh makhluk asing.
Kejadian tersebut berlaku di California sewaktu dia terlelap di dalam kereta.
“Tiba-tiba saya dengar bunyi yang sangat bising dan melihat tiga kepala berbentuk segi tiga menunjuk ke arah saya. Mereka berwarna silver dengan mulut dan hidung yang sangat kecil tetapi tiada telinga.
“Mereka melihat saya di dalam kereta. Mereka kemudian menyentuh saya dan sentuhan tersebut terasa sangat ajaib,” dakwa pelakon tersebut.
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Gempak Non Stop Live