,
Bollywood

Selain KL, Udit Narayan Akan Turun Pulau Pinang 28 November Ini

Amri Hassan
02/09/2024
15:51 MYT
Udit Narayan merupakan penyanyi Bollywood yang terkenal dengan suara latarnya kepada industri muzik Bollywood dan termasuk juga beberapa bahasa lain seperti Tamil, Bengali, Telugu, dan Kannada, bakal membuat kemunculannya di Setia Spice Arena, Pulau Pinang pada 28hb November 2024.
Udit merupakan suara latar lagu bagi ramai ikon Bollywood antaranya adalah Shah Rukh Khan, Amir Khan, Amitabh Bachchan dan banyak lagi.
Sepanjang tiga dekad kariernya, Udit telah menyanyikan lebih 25,000 buah lagu dalam lebih 36 bahasa sehingga membuatkan dirinya berjaya mendapat 22.3 juta pendengar di Spotify dan juga memenangi pelbagai anugerah.
Udit mula dikenali pada tahun 80-an dengan lagunya 'Papa Kehte Hain', yang telah berjaya membuatnya memenangi anugerah Filmfare pertama. Persembahan Udit bagi soundtrack 'Qayamat Se Qayamat Tak' juga telah mengukuhkan lagi kemasyhuran namanya di Bollywood yang membawa kepada peningkatan jualan dan pujian ramai peminat Bollywood.
Beliau juga sering bergandingan dengan penyanyi lain seperti Alka Yagnik, Lata Mangeshkar dan Kumar Sanu. Antara filem-filem popular yang mengambil mereka sebagai penyanyi latar adalah Kuch Kuch Hota Hai, Dil To Pagal Hai, Mohabbatein, Kaho Naa Pyar Hai dan Kabhi Khushi Kabhie Gham.
Suara Udit juga menjadi pilihan pengarah muzik sehingga beliau berpeluang bekerjasama dengan ahli muzik terkemuka seperti Anu Malik, Jatin Lalit, A. R. Rahman, Rajesh Roshan, dan Shankar Mahadevan.
Suaranya juga berjaya menghiasi filem-filem pengarah hebat seperti Yash Chopra, Sanjay Leela Bhansali, and Karan Johar. Udit juga diraikan sebagai Raja Melodi dengan 21 lagunya dipaparkan dalam 40 Lagu Terbaik Bollywood Sepanjang Zaman di BBC.
Peminat-peminat Bollywood di Asia Tenggara pasti tidak akan melepaskan peluang untuk bertemu dan menyaksikan persembahan Udit secara langsung di konsert yang dianjurkan oleh Filloz International dan LR Asia November ini. Tiket-tiket telah mula dijual bermula 28hb Ogos 2024 di ubertickets dengan adanya harga jualan awal istimewa beserta diskaun sebanyak 10% dari 28hb Ogos 2024 hingga 16hb September 2024.
Harga tiket akan kembali normal pada 17hb September 2024. Dapatkan tiket anda sekarang di https://uditnarayan.ubertickets.asia
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Hiburan

Yusof Haslam Tak Tolak Puteri Sarah & Syamsul Yusof Berjodoh - “Kalau Ditakdirkan Mereka Bersatu Kembali…”

gempak
16/09/2024
02:22 MYT
Pengarah Datuk Yusof Haslam menyatakan dirinya tidak menolak sekiranya Syamsul Yusof kembali berjodohan dengan Puteri Sarah.
Viral

Didakwa Amal Ilmu Hitam, 5 Individu Dipukul Sampai Mati

gempak
15/09/2024
20:38 MYT
Lima orang termasuk tiga wanita dipukul sampai mati kerana didakwa mengamalkan ilmu sihir di negeri Chhattisgarh di tengah India, pada Ahad.
Viral

Bulu Masih Di Bibir, Wanita Makan Kucing Hidup-Hidup

gempak
15/09/2024
18:39 MYT
Seorang wanita ditahan dengan helaian bulu kucing berada pada bibir dan darah di tangannya, di sebuah kawasan perumahan di Canton, Ohio, lapor akhbar Metro UK baru-baru ini.
Berita

Long Weekend! 2.2 Juta Kenderaan Keluar Ibu Kota, Lebih Tinggi Dari Cuti Hari Raya

gempak
15/09/2024
14:56 MYT
Peningkatan trafik yang tinggi berikutan pergerakan kenderaan keluar daripada ibu kota sempena cuti panjang dilaporkan lebih meningkat berbanding musim perayaan.
Berita

Terseret Bawah Treler, Peserta Himpunan RXZ Maut Elak Patung Penyu Di LPT2

gempak
15/09/2024
14:28 MYT
Gara-gara mengelak patung replika penyu yang terjatuh di atas lebuh raya, seorang peserta RXZ Members 6.0 maut dalam kemalangan di Kilometer 379.5 Lebuhraya Pantai Timur 2 (LPT2) dekat Ajil menghala ke Bukit Besi, Terengganu pada Ahad.