Berita
Selain Menyanyi, Kami Juga Dapat Peragakan Baju" - Ezuwan Ismail
Pereka fesyen yang kini bergelar penyanyi, Ezuwan Ismail mengatakan kemunculan kumpulan trio yang dianggotainya iatu E1 akan sering memperagakan pakaian dari koleksi jenamanya iatu Ezuwan Ismail.
Menurut Ezuwan, dia lebih selesa tampil secara berkumpulan sebegitu kerana lebih banyak koleksi yang boleh ditampilkan.
"Selain dari menyanyi kerana minat, saya juga berpeluang untuk mengetengahkan koleksi pakaian dari jenama saya sendiri.
"Jika saya tampil secara solo, saya akan peragakan hanya satu pakaian pada satu masa, tetapi, menerusi kumpulan ini, dua lagi anggota E1 iatu Zulyasrani dan Ariff Imran akan turut memperagakan koleksi saya.
"Dalam pada itu, saya akui agak sibuk mahu hasilkan banyak baju untuk setiap penampilan kumpulan E1, namun saya bersyukur, semuanya terkawal dengan baik," ujar Ezuwan kepada Gempak.
Dalam perkembangan lain, kumpulan E1 telah melancarkan single pertama mereka yang berujudul Semalam Sahaja.
Video muzik lagu ini sudah berada di YouTube bermula Khamis lalu.
Must-Watch Video