Gaya Hidup

Selain Planner Eksklusif 2020, Ini 4 Tawaran Menarik Yang Dinanti-Nantikan Penggemar Jenama Kopi Popular Ini!

gempak
Amri Hassan
05/11/2019
03:59 MYT
Sponsor Banner
Selain Planner Eksklusif 2020, Ini 4 Tawaran Menarik Yang Dinanti-Nantikan Penggemar Jenama Kopi Popular Ini!
Melewati hujung tahun pastinya peminat setia jenama kopi popular Starbucks akan ternanti-nantikan tawaran menarik.
Planner tahun baru, rangkaian perisa kopi baharu, juadah pencuci mulut serba enak dan semestinya cenderamata.
Tahun ini, Starbucks Malaysia membawakan planner eksklusif dalam edisi warna merah jambu (Siren), biru (Anniversary Blend) dan coklat (Espresso Coffee)!
Lebih menarik selain boleh ditebus menerusi pembelian 15 cawan kopi bersaiz Grande atau Venti, ia boleh dibeli terus dengan harga serendah RM188.
Selain planner, berikut merupakan tawaran menarik daripada Starbucks Malaysia sempena musim cuti akhir tahun 2019:
1. Tiga varian kopi
Tidak lengkap musim cuti anda tanpa aroma kopi yang enak daripada Starbucks!
Mengembalikan semula Peppermint Mocha dan Toffee Crunch, Starbucks turut memperkenalkan perisa baharu Holiday French Vanilla Latte.
Tips menarik, anda perlu cuba Toffee Nut Crunch Latte dalam hidangan panas, Peppermint Mocha dengan ais dan Holiday French Vanilla Latte secara 'blended', barulah padu!
Ketiga-tiga hidangan baharu Starbucks, Holiday French Vanilla Latte, Toffee Nut Crunch Latte dan Peppermint Mocha dijual dengan harga bermula RM17.50.
Bagi penggemar kopi sejati, tiga perisa yang diproses daripada kopi Sumatera boleh menjadi pilihan anda iaitu Holiday Blend, Holiday Blend Espresso Roast dan Holiday Blonde Roast.
2. Tumbler
Pertama kali sempena meraikan kedatangan Hari Natal, Starbucks memperkenalkan koleksi khas tumbler yang menampilkan motif haiwan-haiwan comel termasuk beruang.
Warna merah, biru, hijau dan merah jambu antara yang tersedia untuk anda pilih. Memang lawa.
Anda boleh memiliki Polar Bear Globe Tumbler dengan harga RM88, Polar Bear Window Stainless Steel Tumbler (RM118), Polar Bear Double Wall Mug (RM115), Holiday Fox Double Wall Mug (RM115) dan Snow Globe Collectible (RM118).
3. Holiday card
Buat pertama kalinya Starbucks memperkenalkan peper card dalam koleksi ini demi menjaga kelestarian alam sekitar.
Jangan lepaskan peluang untuk mendapatkan empat rekaan baharu holiday card yang pastinya sangat cool.
4. Pencuci mulut sedap
Starbucks Malaysia tidak ketinggalan untuk menyempurnakan selera anda dengan beberapa juadah pencuci mulut yang enak-enak.
Merry Sprinkle Donut, Chicken Pot Pie, Jolly Red-Nosed Cupcake dan Triple Berries Choc-Cheese Cake boleh dipilih untuk dinikmati bersama kopi anda.
Kesemua tawaran boleh mula didapati di Starbucks seluruh negara bermula hari ini (5 November)!
Maklumat selanjutnya layari www.starbucks.com.my
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Gempak Non Stop Live