Selain Tiada Kesan Cekik, Ini Hasil Autopsi Kali Kedua Tangmo
Maliah Surip
31/03/2022 05:25 MYT
31/03/2022 05:25 MYT
Hasil autopsi kali kedua yang dijalankan ke atas tubuh mendiang aktres Thailand Nida Patcharavirapong atau Tangmo Nida telah dikeluarkan Institut Pusat Ilmu Forensik di Hospital Universiti Thammasat di Bangkok, Thailand.
Autopsi atau bedah siasat kali kedua itu dijalankan atas desakan ibunya, Panida Sirayootyotin yang mengesyaki anak perempuannya menghembuskan nafas terakhir bukan kerana insiden terjatuh dari bot laju, tetapi diragui mempunyai unsur jenayah.
Kenyataan tersebut turut disokong oleh peminatnya selepas timbul pelbagai teori mengenai kematian bintang terkenal kesayangan ramai itu.
Mereka tidak berpuas hati dengan hasil autopsi pertama kali yang tidak menemukan sebarang keraguan atau bukti menjurus kematian Tangmo mempunyai unsur jenayah dan dijalankan secara tidak telus.
Terkini, Thairat melaporkan hasil autopsi kali kedua Tangmo juga ‘bersih’.
Panel ahli forensik Sekretari Menteri Kehakiman, Thanakrit Chitrareerat membuat pengumuman dengan mengatakan tidak ditemui unsur jenayah terhadap jasad Tangmo.
Mata yang awalnya disebut mengalami kecederaan seperti lebam dinyatakan normal dengan tiada pendarahan. Namun, bentuk matanya berubah setelah Tangmo mati dan berada di dalam air.
Selain itu, wajah Tangmo didakwa tidak mempunyai sebarang kesan lebam. Ini termasuk pada bahagian mulut dengan gigi yang lengkap.
Tengkorak Tangmo juga tidak rosak, bahagian leher juga normal sekaligus tidak ditemukan tanda-tanda kekurangan udara. Itu membawa maksud Tangmo tidak berhadapan masalah dicekik.
Bagaimanapun, ahli forensik belum menemukan jawapan mengapa bahagian kaki Tangmo luka.
Sebelum ini dunia memberi perhatian terhadap kes Tangmo yang dilaporkan mati pada 24 Februari lalu di Sungai Chao Phraya.