Layan Gempak Non-Stop Live hari ini selama 12 jam! Kumpul kata kunci & menang hadiah menarik di sini
Berita

"Selalu Bergaduh, Tapi Jodoh Kita Selalu Panjang" - Aliff Syukri Sambut Anniversary Ke-13, Ini Coretan Bini..

ZULHILMI JALIL 10/08/2020 | 04:31 MYT
Usahawan terkenal, Datuk Seri Aliff Shukri menyambut ulang tahun perkahwinannya yang ke-13 hari ini.
Sempena hari yang cukup istimewa itu, isterinya, Datin Seri Shahida melayangkan satu dedikasi khas kepadanya di Instagram miliknya.
"@aliffsyukriterlajaklaris 13 tahun kita bersama menempuh suka duka, pahit manis, walaupun kita memang selalu bergaduh tapi jodoh kita selalu panjang.
"Semoga keluarga yang kita bina ini berkekalan selamanya, kita menjadi hamba yang taat pada Allah, menjadi contoh yang baik buat anak-anak kita," coretnya.
Dalam entri tersebut, Shahida turut memuat naik sebuah video yang memaparkan kenangan mereka hidup bersama sejak diijabkabulkan sebagai pasangan suami isteri pada 2007.

@aliffsyukriterlajaklaris 13 tahun kita bersama..menempuh suka duka,pahit manis,walaupun kita mmg selalu bergaduh tapi jodoh kita selalu panjang..... . Semoga keluarga yg kita bina ni berkekalan selamanya...kita menjadi hamba yg taat pada Allah....menjadi contoh yg baik buat anak2 kita... . Selama kita kahwin kita penat cari duit utk nak mengubah hidup...kita dah ada apa yg kita mahu tinggal bersyukur sahaja...andai kata apa yg Allah pinjam ni suatu hari tiada lagi,kita bersyukurlah sebab kita pernah merasa nikmat senang setelah penat kita berusaha...yg penting kita,anak2 kekal bahgia selamanya..... luv u ❤️❤️

A post shared by Nur Shahida Mohd Rashid (@shahidadherbs) on

Kata Shahida lagi, dalam tempoh itu juga, banyak pengorbanan yang sudah dilakukan mereka bersama-sama demi mengubah nasib hidup.
"Selama kita kahwin kita penat cari duit untuk nak mengubah hidup.
"Kita dah ada apa yg kita mahu tinggal bersyukur sahaja. Andai kata apa yg Allah pinjam ini suatu hari tiada lagi, kita bersyukurlah sebab kita pernah merasa nikmat senang setelah penat kita berusaha.
"Apa yang penting, kita dan anak-anak kekal bahagia selamanya, love you," luahnya.

A post shared by Nur Shahida Mohd Rashid (@shahidadherbs) on

Sebelum ini, kisah rumah tangga mereka pernah mencuri tumpuan apabila dikatakan berantakan.
BACA: “Berkahwin Itu Mudah Tapi...”- Air Mata Shahida Jatuh, Aliff Syukri & Isteri Berbaik
Pasangan tersebut mendirikan rumah tangga pada 10 Ogos 2007.
Hasil perkahwinan, pasangan tersebut dikurniakan lima orang anak, iaitu, Ammaar Ahyan, Qadejah El Zahra, Ibraheem Adham, Yusoff Al Qardawy dan Raudhah Arshiyah.
#Aliff Syukri #Shahida #Anniversary
;