Pelakon dan anggota kumpulan CNBLUE, Kang Min Hyuk mendedahkan perangai sebenar pasangannya dalam drama Hospital Ship, Ha Ji Won.

Menurut Kang Min Hyuk, dia berasa begitu selesa sepanjang bekerja dengan Ha Ji Won kerana wanita itu memberikan aura positif.

“Dia sentiasa ceria tidak kira masa dan saya juga tidak pernah melihat Ha Ji Won menunjukkan sebarang tanda-tanda penat atau menyampah ketika bekerja.

“Secara jujurnya saya rasa berbesar hati dapat bekerja dengan senior yang berpengalaman dalam lakonan.

“Pada mulanya saya rasa agak risau tetapi bila saya dah mulakan penggambaran, dia layan saya seolah-olah dia adalah kakak saya yang sebenar.

“Perkara itu membuatkan saya lebih enjoy, tidak kekok dan selesa. Dengan cara itu, keserasian kami semakin bagus dan nampak lebih neutral,” katanya dalam satu temu bual baru-baru ini.

Min Hyuk membawakan watak sebagai Kwak Hyun dalam drama tersebut.

Dalam perkembangan terbaru, Min Hyuk kini sibuk dengan siri jelajah dunia bersama kumpulan CNBLUE.

Sumber: Soompi