Laman Utama

Selalu Kena Pukul, Dikurung Kalau Buat Silap, Individu Ini Buka Cerita Sebenar Isu Lelaki Henyak Bini

gempak
Izwan Isa
18/11/2022
03:25 MYT
Sponsor Banner
Selalu Kena Pukul, Dikurung Kalau Buat Silap, Individu Ini Buka Cerita Sebenar Isu Lelaki Henyak Bini
Individu yang berkongsi video seorang lelaki mendera seorang wanita yang viral baru-baru ini tampil memberikan penjelasan.
Menerusi individu berkenana, wanita tersebut telah membuat laporan polis dan berjumpa dengan doktor di Hospital Kuala Lumpur bagi mendapatkan rawatan.
Namun, wanita itu masih terlalu takut memandangkan kecederaan yang diterima pada bahagian kepala.
“Report polis dan doktor dah dibuat di HKL tapi mangsa terlalu takut dan tengah sakit sebab dihentak di kepala didera separuh mati… cuma semua tak dapat record. Alhamdulillah Allah bagi juga peluang record dan lari,” katanya menerusi ruangan komen di TikTok.
Dalam pada itu, individu berkenaan menambah, wanita berkenaan merupakan seorang isteri yang baik, tetapi sering dipukul jika melakukan kesilapan kecil.
“Saya yang post video ni. Dia isteri yang baik, tapi suami dia panas baran yang melampau sangat-sangat. Silap sikit akan kena bantai. Dia dengan anak dia dikurung dan kena pukul kalau tersilap.
“Anak tu adalah anak yatim guys, anak dengan suami lama. Yang pakai tudung adalah orang gaji yang kena bantai juga,” tulisnya lagi.
Terdahulu, sepotong video yang memperlihatkan seorang lelaki memukul dan menerajang seorang wanita viral di media sosial.
Menerusi respons yang ditinggalkan oleh netizen, ramai yang ‘naik hantu’ menyaksikan rakaman berkenaan dan meminta agar sesiapa yang mengenali individu terbabit tampil membuat laporan polis.
Undi bintang digital dan content kegemaran anda di dalam carta mingguan Gempak Most Wanted 2022 di sini. Anda juga boleh membuat pencalonan baharu untuk carta mingguan seterusnya. Selamat mengundi!
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Gempak Most Wanted Awards 2024