BERITA
"Selalu Kena Rampas & Kena Tarik Tiba-Tiba" - Yana Samsudin Kongsi Sebab Kenapa Anak Pernah Takut Bergambar
Pelakon Yana Samsudin berkongsi sebab anaknya Aisy Mateen pernah berasa takut untuk bergambar.
Perkongsian itu dibuat menerusi sebuah entri di akaun Instagram yang dibuat khas untuk Mateen.
Menurut Yana, ketika Mateen berusia sekitar 2 tahun, dia sering ditarik secara tiba-tiba oleh segelintir pihak untuk bergambar bersama dan perkara itu membuat dia berasa takut.
"Masa bayi, Mateen ok saja ambil gambar, bila dah setahun hingga 2 tahun, Mateen rasa tak selesa kalau orang nak ambil gambar dengan dia.
"Masa raya, dia selalu kena rampas atau kena tarik tiba-tiba untuk bergambar, lama-lama dia rimas dan menjadi takut.
"Now dah hampir 3 tahun, Mateen dah mula terbuka semula bila ada orang nak ambil gambar, minta izin dan cakap baik-baik dengan dia, dia akan beri kerjasama," tulis Yana sebagai kapsyen.
Yana dan suaminya Fadzil mendirikan rumah tangga pada Februari 2015 dan dikurniakan Aisy Mateen yang kini berusia hampir mencecah 3 tahun.