Selalu Nampak Dalam TV, Rupanya Mudah Je Nak Buat Tom & Jerry Cheese Cake Ni! Terliur!
Hanafis Haris
16/07/2020 06:02 MYT
16/07/2020 06:02 MYT
Jika selama ini kita hanya lihat bentuk keju ini di dalam siri animasi Tom & Jerry, namun rupanya ada resipi mudah untuk membuat kek dalam bentuk yang hampir serupa.
Kaedah tersebut dikongsi oleh pengguna Facebook dikenali sebagai Norhaslina Othman.
Menerusi satu posting yang kini viral, Norhaslina menggelar menu ini sebagai Tom & Jerry Cheese Cake.
Menurutnya, bahan yang digunakan juga mudah, anda boleh lihatnya di bawah.
Bahan coklat luar :
500gm white compound coin
2-3 titik pewarna kuning lemon
1. Double boilkan hingga cair bila dah suam masukkan ke dalam piping bag dan picit ke dalam acuan dan ratakan.
2. Agak-agak je tak nipis sangat tak tebal sangat kemudian bekukan sekejap dalam peti sejuk.
Bahan untuk cheese :
Bahagian A
400gm cream cheese
300gm whipping cream
50gm gula aising
½ tsp perasa oren sunquick
Bahagian B
50gm air suam
1½ tbsp gelatin
Menurut Norhaslina, anda perlu 'mix' cream cheese bagi nampak licin dan kemudian masukkan gula dan perasa sunquick mix hingga sebati.
"Akhir sekali masukkan whipping cream mix sampai sebati dan kental.
"Campurkan air suam dan gelatin sampai larut. Tunggu sejuk baru masukkan ke dalam bahagian A. Kaul sebati guna sepatula.
"Tengah-tengah kek itu adalah kek sponge coklat. Kalau nak senang letak je kek Apollo 30sen tu. Tak letak kek pun ok gak terpulang pada citarasa masing-masing," katanya.
Mudah bukan? selamat mencuba!