Layan Gempak Non-Stop Live hari ini selama 12 jam! Kumpul kata kunci & menang hadiah menarik di sini
Hiburan

"Selama Daddy Hidup 31 Tahun Tak Pernah Masuk Ambulans .." - Alami Demam Panas, Anak Fizi Ali & Shakilla Khoriri Masuk Hospital

Zulaikha Yusof 16/01/2020 | 01:46 MYT
Anak kepada aktres Shakilla Khoriri, Ameena Sofia dimasukkan ke sebuah hospital swasta semalam.
Menurut Shakilla, Ameena dimasukkan ke hospital akibat demam panas selain badannya dinaiki bintik merah.
"Sejuk tangan kaki bila demam @ameenasofia_ tiba-tiba tinggi semalam berserta bintik-bintik merah seluruh badan. Allah gelap pandangan.
"Doa aku satu, tukar. Biar semua sakit yang dia tanggung tu pada aku. Jangan dia. Walau sebesar kuman," tulisnya di Instagram (IG) miliknya.

#?• . Sejuk tangan kaki bila demam @ameenasofia_ tiba2 tinggi semalam berserta bintik2 merah seluruh badan. Allah...gelap pandangan. . Doa aku satu, TUKAR. Biar semua sakit yang dia tanggung tu pada aku.Jangan dia. Walau sebesar kuman. . . ????

A post shared by SHAKILLA KHORIRI (@shakillakhoriri) on

Di samping itu, menerusi IG penyampai radio, Fizi berkongsi sebuah rakaman video Ameena dibawa menaiki ambulans untuk mendapatkan rawatan lanjut.
"Selama daddy hidup 31 tahun tak pernah masuk ambulance..Ni awak kecik-kecik lagi dah masuk..Kesiannya awak sayang," tulisnya sebagai kapsyen.

selama daddy hidup 31 tahun tak pernah masuk ambulance..ni awak kecik2 lagi dah masuk..kesian nya awak sayang..???

A post shared by Fizi Ali (@fiziali_) on

Dalam pada itu, menerusi ruangan komen peminat mendoakan agar Ameena kembali sihat seperti biasa.
Shakilla dan Fizi mendirikan rumah tangga pada 18 Februari 2018 dan dikurniakan seorang bayi perempuan, Ameena Sofia yang kini berusia 10 bulan.
#Fizi Ali #Shakilla Khoriri #Ameena Sofia
;