Raikan Wira Wonda Kita! Kongsikan kisah inspirasi wira anda & menangi wang tunai RM10,000

“Selama Ni Bajet Macho” - Hilmi Mengamuk, Perangai Sebenar Bakal Terbongkar Dalam Projek: Anchor SPM Minggu Depan?

Hanafis Haris
16/04/2021 05:46 MYT

Sedutan trailer episod enam Projek: Anchor SPM nampak gayanya telah membuatkan ramai tidak senang duduk.

Semuanya gara-gara tindakan Hilmi lakonan Nadir Nasar yang dilihat mula menunjukkan perangainya yang sebenar.

Tambah mengejutkan, terdapat juga babak di mana Hilmi mengamuk dan menengking Aizat lakonan Aedy Ashraf.

Selain itu dapat juga dilihat satu babak Aaidaa lakonan Daiyan Trisha seakan menolak pemberian hadiah daripada Hilmi.

Adakah itu punca kerasukan Hilmi? Bagaimana pula rahsia meniru yang selama ini disimpan oleh Hilmi?

Semuanya itu menjadi tanda tanya kebanyakan penonton di media sosial.

“Weh habislah Hilmi mengamuk dowh, habis pecah rahsia nanti”

“Kesian weh tak baiklah gelakkan Hilmi macam tu”

“Seriouslah Aaidaa reject macam tu je Hilmi, kesiannya”

"Selama ni bajet Macho, now dah keluar perangai sebenar KP" tulis beberapa netizen.

Jika anda ternanti-nanti apakah yang akan berlaku minggu depan, jangan lupa saksikan Projek: Anchor SPM setiap Isnin jam 9 malam di Astro Citra.

Sebagai alternatif, anda juga boleh tonton Projek: Anchor SPM platform Astro GO atau On Demand.

Sekadar info, Projek: Anchor SPM mengisahkan tentang sekumpulan pelajar tingkatan lima di Sekolah Tengku Isa Anuar (STIA) di Cameron Highlands, yang merupakan sebuah sekolah berasrama penuh berprestij.

Isu mula tercetus apabila Aizat lakonan Aedy Ashraf terdesak cuba mencari jalan mendapatkan keputusan 8A dalam peperiksaan percubaan SPM.

Aizat akhirnya berjaya bersekongkol dengan Aaidaa (Daiyan Trisha), dan menghasilkan sebuah pelan untuk membantu rakan- rakan seluruh tingkatan mereka cemerlang SPM melalui strategi meniru besar-besaran.

Drama ini turut dilakonkan oleh Nadhir Nasar (Hilmi), Chubb-E (Botol), Shasha Abedul (Jaja) serta nama-nama besar dalam industri seni tempatan seperti Adlin Aman Ramlie, Hasnul Rahmat Tony Eusoff dan Susan Lankester.

#ProjekAnchorSPM #NadhirNasar #Hilmi