Hiburan
“Selama Ni Pandang Sebelah Mata Bila Isteri Duduk Rumah Jaga Anak Tapi Lepas…” Dr Say
Pengacara My Doctors, Dr. Say Shazril akui sebelum ini dia tidak begitu memahami apabila isterinya Dr Azura Abas meluahkan hasrat untuk menjaga anak di rumah.
Bagaimanapun pandangannya mula berubah selepas dia sendiri merasai pengalaman menjaga anak sulungnya, Ace sewaktu Azura bekerja.
Dr Say berkongsi pengalamannya itu menerusi posting terbaharu di akaun Instagram miliknya.
“Terus terang saya cerita selama ni saya pandang sebelah mata SAHM (Stay At Home Mom). Saya fikir “tak bosan ke duduk rumah menghadap anak, dapur dan dinding je?”
“Bini saya pernah menyatakan hasrat dia nak jadi SAHM tapi saya macam “you biar betik nak mengadap Ace je, berbuih mulut you nanti”.
“Tup tap tup tap saya jadi Stay At Home Dad (SAHD). Cuma yang bezanya mujur pagi-pagi Ace pergi sekolah dan di sebelah petang maid jaga maka buih mulut tu tak adalah berjujuk sangat,” kongsinya.
Dr Say juga turut menyatakan rasa seronok apabila dapat melihat anaknya membesar di depan mata.
“Tapi secara jujurnya seronok jadi SAHD ni. Pertamanya, saya dapat SAKSIKAN PERKEMBANGAN pesat anak saya dengan RAPAT (walaupun bukan saya yang mengembangkan dia, cikgu-cikgu di playschool banyak membantu)
“Dan paling best the banyak waktu yang saya dapat untuk ber-bonding dengan anak saya sangat-sangatlah berharga.
“Budak-budak ni walaupun nampak macam dop tahu natang mende (clueless) tapi mereka tahu jika ada seseorang yang benar-benar jaga dan sayang mereka.
“Saya dapat saksikan sendiri kasih sayang Ace terhadap saya. Sumpah cair peeps. Sanggup dia buang frying pan dia, berlari kat saya dan tarik tangan cikgu untuk bukak pagar supaya dia dapat peluk saya.
“Inilah apa yang SAHM SAHM lain experience sebenarnya dan ia cukup manis. Kini saya tidak lagi pandang SAHM sebelah mata. Daddy loves u Ace,” tulisnya.
Terdahulu, Dr.Say dan Dr Azura telah berkahwin sejak 30 Mac 2014 selepas lima tahun berkenalan.
Pasangan ini selamat menimang cahaya mata pertama mereka pada 5 Mei 2019.
Must-Watch Video