“Selamanya Akan Caesar, Masa Beranak Je Nak Rest Malas Nak Teran”- Sharifah Sakinah
Syafiqah Jalal
07/08/2018 10:35 MYT
07/08/2018 10:35 MYT
Pelakon Sharifah Sakinah akui jika berpeluang hamil lagi, dia hanya mahu melahirkan anaknya secara pembedahan sahaja sama seperti proses bersalin sebelum ini.
Perkara itu didedahkannya selepas dia menjawab salah satu soalan menerusi ‘Ask Me Question’ di IG Story.
Pengikut IGnya bertanya adakah benar dia melalui proses pembedahan ketika melahirkan anaknya, Anais Adha.
Sakinah mengiyakan soalan tersebut dan memberitahu dia memilih proses bersalin tersebut kerana merasakan waktu itu dia perlu berehat.
“Yes caesarean (pembedahan) dan selamanya akan caesar (kerana) masa beranak je nak rest, malas nak teran,” tulisnya.
Tidak cukup dengan itu, Sakinah turut ditujukan soalan bila waktu sesuai untuk bermula bersukan jika bersalin secara pembedahan.
Sakinah berpendapat jika sudah tidak sakit, semua sukan boleh dilakukan.
Namun dia memberitahu soalan itu tidak sepatutnya ditanyakan kepadanya kerana dia bukan doktor.
“Bila dah tak sakit semua benda boleh main (sukan). Ala janganlah tanya saya. Saya bukan doctor,” tulisnya.
Selain soalan mengenai bersalin, Sakinah turut ditujukan pelbagai soalan mengenai senaman dan kesihatan.
Foto: IG Sharifah Sakinah
Teks oleh: Syafiqah Jalal