,
Laman Utama

Selamat Bergelar Suami Isteri, Kamal Adli & Uqasha Senrose Diijabkabulkan Dengan Dua Kali Lafaz

Azwa Rahman
07/12/2021
07:48 MYT
Sama cantik sama padan, aktor kacak Kamal Adli selamat bergelar suami kepada aktres Uqasha Senrose dengan dua kali lafaz di dalam sebuah majlis pernikahan tertutup pada 5 November lalu.
Pasangan mempelai dinikahkan oleh bapa pengantin perempuan, Nik Sen Mat Ripin tepat jam 9.39 pagi.
Pada majlis bertemakan dalam taman itu, Kamal atau nama sebenarnya Ahmad Kamal Ahmad Adli, 35, menyerahkan wang tunai RM22.50 sebagai mas kahwin.
Uqasha atau nama sebenarnya Nik Zaris Uqasha Nik Sen, 29, menerima sembilan dulang hantaran berbalas tujuh daripada pihak Kamal.
Dalam majlis yang diadakan seawal 7.30 pagi itu, beberapa wajah popular turut menjadi saksi upacara pernikahan mereka antaranya adik-beradik Uqasha, Idayu, Datin Nina Juren dan Michael Ang.
Hampir 100 tetamu yang terdiri daripada sanak-saudara serta kenalan kedua-dua mempelai turut hadir.
Pasangan pengantin kelihatan cukup cantik dan segak bergaya mengenakan persalinan daripada pereka Shanell Harun.
Kamal dan Uqasha kemudian diraikan dalam sesi memotong kek lima tingkat yang disaksikan oleh para tetamu yang hadir.
Kedua mempelai saling tak tumpah seperti putera dan puteri klasik dengan busana tradisional daripada kain songket berona ungu hasil rekaan Rizman Ruzaini.
Terdahulu, pasangan ini mengikat tali pertunangan pada April lalu dalam majlis tertutup di sebuah hotel di ibu negara.
Kamal membuat kejutan apabila melamar Uqasha secara langsung pada siaran Anugerah MeleTOP Era 2020 (AME 2020) yang berlangsung Disember tahun lalu.
Hubungan cinta mereka mula menjadi perhatian peminat selepas digandingkan dalam sebuah drama arahan Michael Ang berjudul, Setelah Terlafaznya Akad.
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Hiburan

"Kepada Semua Suami, Hargailah Isteri Anda" - Uqasha Senrose

gempak
13/10/2024
21:51 MYT
Pelakon jelita Uqasha Senrose tampil berkongsi coretan hatinya sempena genap enam bulan usia anak pertamanya, Hawra Uqaira.
Hiburan

“Tak Logik, Kesian Uqasha Selalu Jadi ‘Mangsa’” - Kamal Adli Ulas Dakwaan Isteri Pukul Pembantu Peribadi

gempak
13/10/2024
02:49 MYT
Pelakon, Kamal Adli menepis dakwaan mengaitkan isterinya mengasari bekas pembantu peribadi.
Hiburan

Rumah Tangga Didakwa Bergolak, Uqasha Tampil Bersuara - “Tak Pasal-Pasal Kena Juga”

gempak
11/10/2024
08:43 MYT
Pelakon, Uqasha Senrose tampil bersuara berkaitan khabar angin rumah tangganya yang didakwa bergolak.
Hiburan

Rumah Tangga Kamal Adli & Uqasha Didakwa Bergolak? Ini Respons Tuan Badan - “Kami Okay Sahaja, Kalau Gaduh..”

gempak
10/10/2024
12:25 MYT
Pelakon Kamal Adli tampil membuka mulut susulan ada spekulasi mengenai pergolakan rumah tangganya dengan aktres Uqasha Senrose yang didakwa sedang bergolak.
Hiburan

Raysha Rizrose Tayang ‘Baby Bump’, Kini Hamil Cahaya Mata Pertama - “Kami, 11 Tahun Kemudian…”

gempak
07/09/2024
10:25 MYT
Pelakon Raysha Rizrose berkongsi berita gembira mengenai dirinya kini sedang hamil cahaya mata pertama selepas lebih setahun mendirikan rumah tangga.
Unitar