Pelakon Datin Elvina Mohamad telah selamat bersalin putera sulungnya pada pukul 12.30tengah hari semalam (1 Disember 2018).

Bayi lelaki seberat 2.9 kilogram itu dilahirkan secara normal di sebuah pusat perubatan di ibu kota.

"Dengan penuh rasa kesyukuran kerana Allah memberi rezeki yang termahal dalam hidup saya dan isteri, Elvina Mohamad iaitu kelahiran putera kami yang selamat dilahirkan dalam keadaan normal pada 1 Disember 2018 pukul 12.30 tengah hari dan berat 2.9 kilogram.

"Terima kasih atas doa kalian dan semoga anakanda kami menjadi manusia dalam golongan yang soleh dan berjasa kepada agama, bangsa dan negara," tulis suami Elvina, Datuk Haniff Borhan menerusi Instagramnya.

Salam semua.. Alhamdulillah Allahuakbar Dgn penuh rasa kesyukuran kerana Allah memberi rezeki yang termahal dalam hidup saya dan isteri @elvinamohamad iaitu kelahiran Putera kami yang selamat dilahirkan dalam keadaan normal Pada 1-12-18 pada pukul 12.30 tgh hari dan berat 2.9kg Terima kasih atas doa kalian dan semoga anakanda kami menjadi manusia dlm golongan yang soleh dan berjasa kepada agama ,bangsa dan negara. Amin #myson #babyKM

A post shared by DHB (@haniffborhann) on


Bagaimanapun, pasangan itu belum mendedahkan wajah anak mereka dan hanya menggunakan hashtag #babyKM sebagai panggilan awal bayi mereka.

Namun, menerusi Harian Metro, pasangan ini dilaporkan memberi nama Karl Mateen kepada cahaya mata sulung mereka.