"Selamat Datang Ke Dunia, Anakku" - Tengku Puteri Iman Afzan Kongsi Momen Kelahiran Putera Pertama

Hanafis Haris
Ogos 1, 2019 10:27 MYT
Puteri sulung Yang di-Pertuan Agong ke-16 Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah, Tengku Puteri Iman Afzan selamat melahirkan cahaya mata pertama pada 23 Julai lalu.
Momen manis melahirkan putera sulung itu kemudian dikongsi kepada umum menerusi entri di Instagram Tengku Puteri Iman Afzan, hari ini.
Menerusi gambar yang dimuat naik, jelas terpancar wajah kegembiran Tengku Puteri Iman Afzan bersama pasangannya Tengku Abu Bakar Ahmad Tengku Arif Bendahara Tengku Abdullah.
"Alhamdulillah untuk keajaiban kecil ini. Selamat datang ke dunia anakku.
"Kami amat sayang kamu," katanya.
Entri tersebut telah menarik perhatian ramai rakyat jelata termasuklah selebriti yang mengucapkan tahniah atas kelahiran cahaya mata tersebut.
Antara yang kelihatan termasuklah pelakon Nora Danish dan Zarina Zainuddin.
Berikut antara doa dan kata-kata ucapan daripada mereka.
Untuk rekod, Tengku Puteri Iman Afzan telah melangsungkan perkahwinan bersama Tengku Abu Bakar Ahmad yang juga kerabat Pahang pada 4 Ogos 2018.
#Kerabat #Puteri Raja Pahang