Masa Depan, Pilihanmu. Daftar Sekarang!

"Selamat Datang Ke Taman Skodeng” - Rindu Senario, Netizen Throwback Dialog Paling Legend!

Hanafis Haris
23/04/2022 06:14 MYT

Imbau kenangan! Itu antara gelagat sebahagian peminat Senario apabila berkongsi dialog-dialog yang sering disebut oleh kumpulan pelawak lagenda.

Difahamkan, perkongsian itu tercetus apabila ahli kumpulannya, Saiful Apek meminta netizen untuk berkongsi dialog kegemaran mereka di Twitter.

“Jom throwback kenangan dengan Senario or dialog yang paling korang ingat dalam filem-filem senario dulu? Kita test power siapa yang ingat.

“Cuba reply nak tengok,” katanya.

Susulan daripada itu, posting berkenaan terus ‘dibanjiri’ dengan perkongsian netizen khususnya peminat setia Senario.

“Wa punya bapak, bukak ini fun fair untuk org suka2 hati… tapi lu org suka2 hati bikin ini fun fair serupa lu orang punya bapak punya”.

“Tak cayalah kerja senang macam tu pun boleh dapat gaji mahal. Apa yang susah sangat buat roti canai tu. Lenyek lenyek tepung. Tebar tebar tepung. Lipat lipat tepung. Lepas tu, goreng atas kuali. Senang”.

“Selamat datang ke taman skodeng”.

"Macam pernah ku lihat, tapi di mana ya?,” tulis beberapa netizen.

Anda boleh lihat posting berkenaan di bawah.

An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.

Dalam pada itu, Anda boleh melanggan dan saksikan Jaga-Jaga Senariounion Di Pawagam Rumah Anda, Astro First bermula 21 April 2022.

Untuk melanggan sila ke saluran 480 atau anda juga boleh strim di Astro Go atau On Demand.

Dengan hanya RM15, anda boleh menonton selama 48 jam (2 hari) secara berulang-ulang. Ikuti info dan klip-klip menarik tentang filem ini menerusi akaun Instagram, Facebook, Twitter Astro Shaw dan Astro Gempak.

Sekadar info, kisah Jaga-Jaga Senariounion bermula di hari majlis pernikahan anak Dato Hamdan dan Azlee, di mana keluarga Dato Hamdan telah disamun ketika dalam perjalanan ke rumah bakal besannya.

Apa yang peliknya, perompak-perompak tersebut hanya merompak barang-barang hantaran sahaja.

Setibanya di rumah pengantin, setiap seorang daripada mereka tidak kira keluarga pengantin lelaki atau pengantin perempuan telah disyaki merancang untuk sabotaj majlis tersebut. Semuanya menjadi teka-teki.


#Senario #SaifulApek #Jaga-Jaga Senariounion
;