Selamat Hari Guru! Ini Senarai 5 Guru Lelaki Paling Kacak & Ramai Followers Di IG

Amri Hassan
Mei 16, 2018 11:05 MYT
Profesion perguruan mempunyai daya penarik tersendiri. Tidak sekadar memiliki ilmu pengetahuan yang luas, guru juga perlu sentiasa berketerampilan dan menjaga pesona mereka.
Dianugerahkan rupa paras kacak dan cantik merupakan bonus bagi seseorang guru, bukan hanya menjadi daya penarik bahkan aura dimiliki mampu membuka ruang lebih luas untuk meneroka bidang baharu selain pendidik.
Sempena Sambutan Hari Guru hari ini, Gempak senaraikan lima guru lelaki paling hot dan popular di Malaysia.
1) Cikgu Jimmy Jejai
Mulai tular sejak September tahun lalu, Jimmy atau nama sebenarnya Ahmad Muzaimi Abdul Bakhtiar merupakan tenaga pendidik di Parit Buntar, Perak.
Jimmy yang berasal dari Muar, Johor bertugas sebagai seorang guru Pendidikan Jasmani dan Kesihatan di sekolah menengah berkenaan dan selain terbabit sebagai model sambilan.
Malah, Jimmy yang baru menyambut ulangtahun kelahiran baru-baru ini berbakat dalam bidang nyanyian dan fasih berbahasa Mandarin.
Jimmy kini memiliki jumlah pengikut seramai 10,000 di Instagram.
2) Cikgu Az
Mohamad Aziram Zakaria, 26, antara yang berjaya memanipulasi aura hingga memiliki pengikut Instagram seramai 125,000.
Guru dari Sekolah Kebangsaan Jenis Cina, Kepong itu sering dikatakan memiliki rupa paras persis Izzue Islam.
"Sebagai guru, kita mesti menjadi role model dan menunjukkan contoh baik kepada pelajar," katanya yang berasal dari Kelantan.
3) Cikgu Khairi
Wan Mohd. Khairi Wan Hassan, 31, atau merupakan tenaga pengajar dalam kalangan murid-murid Orang Asli di Sekolah Kebangsaan Satak, Raub, Pahang sejak beberapa tahun lalu.
Bekas graduan Institut Pendidikan Guru (IPG) Kampus Pendidikan Teknik, Kuala Lumpur itu memiliki pengikut Instagram seramai 77,000.
Pernah menerima Anugerah Ikon Guru Majlis Sambutan Hari Guru Peringkat Daerah Raub 2016.
"Apa yang boleh saya lihat, guru yang kemas dan berketerampilan mudah didekati murid-murid dan ibu bapa malah setiap pengajaran yang disampaikan mudah meanrik minat mereka dalam kelas," katanya.
VN Kery pernah menjadi penoreh getah di kampung asalnya di Felda Chalok Barat, Setiu, Terengganu.
4) Cikgu Zameer
Pemilik nama penuh Syahizam Zamir merupakan salah seorang tenaga pengajar di Sekolah Kebangsaan Lembah Jaya Ampang, Selangor sejak 2012.
Anak jati Kuala Lumpur itu mengajar mata pelajaran Bahasa Inggeris dan sering aktif dalam bidang kebudayaan.
"Kita sebagai insan biasa memangg suka kan keindahan. Dari mata turun ke hati. Itu lumrah.
"Bagi saya penampilan itu penting. Ia tidak perlu mahal tapi cukup untuk kelihatan kemas, segak dan bersih. Murid mengidolakan apa yang mereka lihat," katanya memetik laporan Glam Lelaki.
Zameer kini mengumpul jumlah pengikut di Instagram seram 23,000 orang.
5) Kamal Effendi
Kisah menyentuh hati seorang guru bahasa Inggeris, Ahmad Kamal Effendi Kamarudin, 28, yang 'meminjamkan' cintanya kepada seorang gadis penghidap kanser buah pinggang tahap empat, Nik Idzni Dalila Nik Mahmud tular beberapa tahun lalu.
Lebih menyedihkan, isterinya meninggal dunia pada tanggal tarikh ulang tahun pertama perkahwinan mereka.
"Siapa pernah terfikir untuk hari sama selepas menempuh 365 hari bersama, tangan yang kali pertama saya sentuh menjadi tangan terakhir saya pegang," kata Kamal.
Namun begitu, paras rupa kacak Kamal menarik perhatian netizen yang sering memuji penampilannya di laman sosial.
Bagaimanapun, akaun Instagramnya telah dinyahaktif buat sementara waktu.
Teks oleh: Amri Hassan
Foto: @jimmyjejai, @mr__az92, @chikocullen, @vnkery, InTrend
#Viral #Viral #Cikgu #Selamat Hari Guru