Pelakon yang pernah memenangi Pelakon Terbaik Festival Filem Malaysia (FFM), Zamarul Hisham bukan sahaja membuat ucapan selamat hari lahir buat isteri tercinta, Diana Rafar, tetapi turut mengumumkan isterinya sedang hamil 5 bulan.

Dalam satu entri di Instagram miliknya, Zamarul berkongsi sekeping gambar isteri tercinta yang juga merupakan seorang pelakon dan penyanyi.



"Selamat Hari Kelahiran buat bidadariku Diana Rafar. Terima kasih Allah kerna menjadikan dia permaisuri hidup ku.

"Semoga diberi kesihatan yg baik, diperluaskan pintu rezeki, sentiasa dirahmati, diberkati dan dilindungi Allah SWT," tulis Zamarul.

Pada masa yang sama, Zamarul turut mengumumkan berita gembira bahawa Diana kini sedang hamil 5 bulan cahaya mata ketiga mereka.

"Alhamdulillah kini hamil 5 bulan, doakan kesejahteraan diana dan baby semoga diberi kesihatan yg baik. Luv u ma Diana Rafar," kongsi Zamarul tentang berita gembira tersebut.

Rata-rata sahabat dan peminat mengucapkan tahniah kepada kedua-dua pasangan tersebut pada ruangan komen.



Zamarul Hisham dan Diana Rafar mendirikan rumah tangga pada tahun 2009. Pasangan tersebut telah dikurniakan dengan dua orang cahaya mata, Kashfi Haikal dan Kayla Reysha.

Selamat Hari Kelahiran buat bidadariku @dianarafar Terima kasih Allah kerna menjadikan dia permaisuri hidup ku.. Semoga diberi kesihatan yg baik, diperluaskan pintu rezeki, sentiasa dirahmati, diberkati dan dilindungi Allah SWT. . Alhamdulillah kini hamil 5 bulan, doakan kesejahteraan diana dan baby semoga diberi kesihatan yg baik. . Luv u ma @dianarafar . #staysafe#kitajagakita#rezekiallah

A post shared by Zamarulhisham Mohamed (@zamarulhisham93) on


Kami Di Gempak mengucapkan tahniah kepada Zamarul dan Diana dan mendoakan semoga semuanya berjalan dengan lancar.