Selamat Jadi Ibu, Jantina Anak Nicki Minaj Masih Menjadi Teka Teki
Asraf Aided
03/10/2020 09:33 MYT
03/10/2020 09:33 MYT
Ramai peminat sudah mengetahui tentang kehamilan penyanyi Nicki Minaj sejak dia berkongsi berita itu pada Julai lalu.
Memetik laporan E News pada 2 Oktober 2020, rapper terkenal itu dlaporkan melahirkan anak pertamanya dengan Kenneth Petty pada Rabu lalu di Los Angeles, Amerika Syarikat.
Pasangan ini dikurniakan cahaya mata selepas setahun mendirikan rumah tangga bersama.
Bagaimanapun, Nicki dan Kenneth masih belum mengumumkan perkara itu secara rasmi setakat ini.
Perempuan berusia 37 tahun itu juga malah belum mendedahkan jantina ataupun nama cahaya mata yang telah selamat dilahirkan.
Meninjau akaun Instagramnya, @nickiminaj, rapper itu kali terakhir memuat naik foto dan perkembangan dirinya hamil pada Julai lalu.
Setelah itu dia tidak pernah berkongsi perkembangan terkininya.
Difahamkan, Nicki dan Kenneth telah berkahwin secara senyap pada Julai 2019 dan berkongsi mengenai perkahwinan mereka tiga bulan selepas itu.
Sumber : E News
Kredit Foto : Metro UK