Pelakon dan penerbit, Datuk Rosyam Nor meluahkan rasa duka terhadap pemergian pengarah Kamal Ishak yang menghembuskan nafas terakhir awal pagi tadi.

Menurut Rosyam, Kamal merupakan insan penting dalam membentuk dirinya sebagai seorang pelakon sebelum menggapai populariti setaraf selebriti lain.

"Selamat jalan guruku, selamat pergi sahabatku, semoga perjalanan kau dipermudahkan oleh Penciptamu.

"Dia lah orang pertama yang membuka mataku/mengajar aku apa/bagaimana teknik lakonan yang sebenarnya.

"Ilmu yang dicurahkan membuatkan aku mula diperhatikan setelah 13 tahun gagal menempatkan diri setara dengan bintang-bintang lain," tulis Rosyam di Instagram.



Tambah Rosyam, meskipun ramai yang mungkin tidak mengenali Allahyarham, namun dia merupakan seorang pengarah yang dihormati suatu ketika dahulu.

"Mungkin korang tak kenal dia, dia adalah di antara pengarah yang amat disegani dan dihormati satu ketika dahulu, pernah mengarahkan filem Cinta Kita lakonan Sofia Jane," tulisnya lagi.

Perkongsian Rosyam itu mendapat perhatian dari para pengikutnya yang turut bersedih dengan berita dukacita itu.

SELAMAT JALAN GURUKU Selamat pergi sahabatku. Semoga perjalanan kau dipermudahkan oleh Penciptamu. Dia lah orang pertama yang membuka mataku/mengajar aku apa/bagaimana teknik lakonan yang sebenarnya. Ilmu yang dicurahkan membuat aku mula diperhatikan setelah 13 tahun gagal menempatkan diri setara dengan bintang bintang yang lain. Mungkin korang tak kenal dia. Dia adalah diantara pengarah yang amat disegani dan dihormati satu ketika dulu. Pernah mengarahkan Filem CINTA KITA lakonan Sofia Jane. Dan dia terus kekal dengan pegangan dia bahawa membuat filem atau drama adalah mencipta dunia kita sendiri dan mesti make belive dan cara kerja mestilah ada kajian bersama krew,production,pelakon dan ...

A post shared by Rosyam Nor (@iamrosyam) on


Kamal Ishak, 66, meninggal dunia pada sekitar jam 2.02 pagi tadi di kediamannya di Kulim, Kedah.

Allahyarham meninggalkan balu, Wan Noor Wan Chik, 62 dan sembilan cahaya mata.

Tujuh daripada cahaya mata itu adalah menerusi perkahwinan pertama, dua lagi merupakan hasil perkahwinan bersama Wan Noor.