Jom undi InilahHeroKITA 2024 yang memberikan inspirasi melalui media sosial sekarang! 

"Selamat Kembali Wahai Saudaraku" - Adam Corrie Komen Penghijrahan Michael Ang

Amri Hassan
30/04/2019 12:28 MYT
Pelakon Adam Corrie Lee berkongsi rasa terharu dan gembira dengan penghijrahan sutradara terkenal Michael Ang yang telah memeluk Islam sejak setahun lalu.

BACA: Alhamdulillah! Michael Ang Dedah Sudah Peluk Islam!

Kata Adam, selain memanjatkan rasa syukur, dia turut mengutuskan doa buat saudara baru itu.

"Alhamdulillah! Alhamdulillah! Alhamdulillah! Syukur tak terkata, menitis air mata saya dapat khabar berita ini.

"Selamat kembali wahai saudaraku.

"Semoga Allah permudahkan segala urusan saudaraku dunia & akhirat," tulisnya yang turut mengulang siar kenyataan Michael di Instagramnya petang tadi.
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 

Alhamdulillah .. alhamdulillah.. alhamdulillah.. syukur Tak terkata . Menitis air Mata Saya dpt khabar berita ini. . Selamat Kembali wahai Saudara ku. . Semoga Allah permudahkan segala urusan saudaraku dunia & akhirat ?? . Aamin allahumma aamin . #adamcorrie #syahadah #saudarabaru . #Repost @michaelang38 ・・・ Assalamaulikum! Saya Budak baru Kalau ada salah tlg tegur. Doa kan la Yg baik2. Maaf Kalau saya rahsiakan ni dah lebih dari setahun. Cuba I rasa pekara ni ada lah antara saya dgn Allah dan keluarga saya. Kalau nak tgk pengakuan saya tgk la video ni https://www.instagram.com/p/Bw3jxxEhHvX/?igshid=1sgmloenlaosm

A post shared by Adam Corrie (@adamcorrielee) on


Michael dalam pada itu berkata dia memohon tunjuk ajar daripada orang ramai dan menegur seandainya dia berbuat silap.

"Assalamualaikum! Saya budak baru kalau ada salah tolong tegur. 

"Doakanlah yang baik-baik. Maaf kalau saya rahsiakan ni dah lebih dari setahun. Cuma I rasa perkara ni adalah antara saya dengan Allah dan keluarga saya," katanya.

Michael mendedahkan khabar gembira itu menerusi sebuah video eksklusif yang dimuat naik di saluran YouTube Official Ria X.
#Michael Ang #Islam #Adam Corrie