Aktor kacak Ben Amir meraikan ulang tahunnya yang ke-30 pada Rabu.

Menerusi laman sosial Instagram (IG), Ben memuat naik sekeping foto dengan simbol angka tiga untuk tatapan umum.

“Selamat ulang tahun pada diri saya! Tak sangka saya dah 30 tahun sekarang, permulaan kepada alam dewasa yang matang. Saya rasa saya semakin baik apabila meningkat usia.

Happy Birthday to me ! Can’t believe I’m 30 years old now ! A beginning of mature adulthood. I think I am getting better as I get a little bit older. I used to move on the surface of my life but now I’m going deeper. Thank you God for everything. Thank you everyone for the wishes and prayers. Thank you to all the poeple who supported me, my family and friends. I really appreciate it. Love you all ? Also later I will go live with @shopee_my at 8.30PM ! Boleh sambung sembang kat sana ok ? #ShopeeLiveMY #ShopeeCelebritySquadMY

A post shared by BenAmirr (@benamirr) on

“Terima kasih Tuhan untuk segalanya. Terima kasih kepada semua untuk ucapan dan doa. Terima kasih juga kepada keluarga dan kawan-kawan yang menyokong. Saya sangat hargainya. Sayang awak semua,” tulis Ben sebagai kapsyen foto.

Selain itu, Ben turut berkongsi hadiah-hadiah yang diterima berupa kek dan jambangan bunga di ruangan IG story.

Hasil tinjauan Gempak di ruang komen, rata-rata rakan selebriti dan wargamaya teruja apabila Ben memasuki usia 30-an dan mendoakan yang terbaik untuknya.

“Happy birthday bro,” tulis pelakon Fadlan Hazim.



“Oii, 3 series dah brader, kita geng!” komen seorang wargamaya.

“Haa muncul pun! Happy birthday Ben, semoa dikurniakan segala yang terbaik,” ucap seorang wargamaya.

“Happy birthday Ben! Sweet 20, tak nampak macam 30 la awak nampak muda,” tulis seorang wargamaya.

“Patutlah makin handsome. Happy birthday Amir. Semoga sentiasa diberikan kesihatan yang baik, dimurahkan rezeki dan cepat kahwin,” kata seorang wargamaya lagi.

Sehingga kini, foto terkini Ben itu telah mendapat hampir 88,000 tanda suka daripada warga Instagram.