"Selamat Menyambut Ulangtahun Yang Ke 4 Sayang.." - Ucapan Tomok Sempena Hari Lahir Andra
Zulaikha Yusof
28/02/2019 07:02 MYT
28/02/2019 07:02 MYT
Penyanyi Tomok atau nama sebenarnya Shah Indrawan Ismail mendedikasikan ucapan khas sempena hari kelahiran anak keduanya, Andrashah Iman yang disambut semalam (27 Februari).
Tomok memuat naik sekeping foto Andra di laman Instagram miliknya bersama ucapan hari lahir.
"Selamat menyambut ulangtahun yang ke 4 sayang.
"Semoga di berikan kesihatan baik..di panjangkan umur dan di permudahkan perjalanan dunia dan akhirat.
"Selamat hari jadi andrashah iman..ayah,dibu,arrian sayang adik," tulis Tomok.
Isteri Tomok, Rahayu Abas juga memuat naik foto Andra beserta ucapan khas sempena hari kelahiran Andra.
"Happy Birthday Andra ... Selamat Hari Jadi Andra ...27.2.2015 1.30pm .
"Dibu doakan semoga andra jadi anak yang soleh, anak yang taat kepada dibu ayah, taat pada perintah Allah, diperluaskan pintu rezeki seluas2nya, diberkati kehidupan adik dunia dan akhirat, di lapangkan dada untuk menimba ilmu, jadi orang yang bijaksana,dipermudahkan urusan di dunia dan akhirat.
"Mudah-mudahan impian andra akan jadikan kenyataan...apa cita-cita andra agaknya??!!.Bila tanya dia cakap nak jadi ninjago," tulisnya.
Di ruangan komen, rata-rata peminat Tomok turut mengucapkan selamat hari lahir kepada Andra dan mendoakan agar anak kedua Tomok membesar sebagai anak soleh.
Tomok mula mendirikan rumah tangga bersama pasangannya Rahayu Abbas pada tahun 2011 dan dikurniakan dua orang cahaya mata, Arrianshah Akid dan Andrashah Iman.