Hiburan
"Selamat Pengantin Baru, Saya Tak Pergi & Dia Tak Ajak Pun ..." - Naim Daniel Buka Cerita Bekas Kekasih Baru Kahwin
"Saya ucapkan selamat pengantin baru kepada awak, saya tak dapat pergi dan memang tak diajak pun," kata pelakon dan penyanyi Naim Daniel sempena majlis pernikahan bekas kekasihnya yang berlangsung minggu lalu.
Mengimbau kembali kisah tersebut, Naim memberitahu hubungannya dengan gadis itu yang telah terjalin selama lima tahun tidak kesampaian kerana halangan keluarga.
"Saya kenal dengan seseorang ini daripada tahun 2013 ketika masih bersekolah. Dia seorang yang baik dan kami berpisah pada 2017.
"Ini cinta pertama saya dan saya rasa kesan yang sangat mendalam selepas putus cinta.
"Keluarga kami tak berapa nak bersetuju dengan hubungan ini, sebab itulah kami putus.
"Dia pun baru berkahwin beberapa hari lalu dan kami reda dan melepaskan hubungan ini. Saya percaya dia berhak bahagia dan saya pun berhak bahagia dengan cara lain," tambah Naim menerusi temubual bersama DJ Nazz.
Menjelaskan lebih terperinci, lagu Sumpah yang diciptanya ditujukan buat insan tersebut yang kini sudah berbahagia dengan pilihan hatinya.
"Saya percaya apa yang berlaku dalam perhubungan itu menjadikan kita pada hari ini. Saya nak awak tahu saya tetap menghormati awak tak kira apa pun.
"Dia tahu lagu ini dan saya sudah tolak tepi semuanya. Saya mahu fokus dengan keluarga dan kerjaya saya.
"Selamat pengantin baru, semoga berbahagia dengan pilihan awak," kata Naim lagi.
Lagu Sumpah merupakan lagu ciptaan Naim sepenuhnya dan muzik video lagu itu telah mendapat lebih 12 juta tontonan di YouTube sejak dilancarkan pada 19 April lalu.
Must-Watch Video