Selamat Terima Anak Lelaki, Shahrul Nasrun Berikan Nama Jibriel Khan

Mya Amri
Julai 8, 2017 02:58 MYT
Presiden Gerakan Belia Gagasan 1 Malaysia, Datuk Shahrul Nasrun Kamarudin memilih Jibriel Khan sebagai nama untuk anak lelakinya.
Nama tersebut didedahkan oleh Shahrul menerusi Instagram (IG)nya semalam.
"Baby @jibriel.khan dan Mommy @amyerazainal selamat dan sempurna. Amin," tulisnya.
Selain nama, Shahrul juga turut mengucapkan terima kasih kepada mereka yang mendoakan kesejahteraan isteri dan anaknya itu.
"Terima kasih kepada semua keluarga dan sahabat yang mendoakan kami sekeluarga. Hanya Allah SWT sahaja yang dapat membalas budi baik kalian semua," tulisnya.
Dalam pada itu, menerusi entri terbaru, Shahrul juga turut meluahkan kata-kata ucapan kepada isterinya, Fatin Amira Zainal Abidin sebagai tanda terima kasih kerana melahirkan zuriat mereka.
Teks oleh: Mya Amri
#Anak #Shahrul Nasrun