Berita
Selamat Tiba Di London, Ainul Mardhiah Disambut Dr. Amalina.
Perjalanan bayi perempuan menghidap kanser mulut Germ Cell Tumor, Ainul Mardhiah ke luar negara berjaya diharungi tanpa sebarang masalah sejurus berlepas ke London, Jumaat lalu.
Pada Sabtu, bapanya Ahmad Safiuddin Ahmad Razak, 24, yang memuat naik status di Facebook sehari selepas tiba di London semalam, berkata anaknya berjaya melepasi risiko menaiki penerbangan tanpa sebarang masalah.
Safiuddin berkata ia juga kerana dibantu dua doktor tempatan yang juga individu sukarela mengikuti misi itu, berhempas pulas memastikan bayi perempuan sembilan bulan itu sentiasa cergas ketika dalam perjalanan.
Dr. Amalina sempat mengucapkan terima kasih kepada rakyat Malaysia yang membantu Ainul hingga sampai ke sana.
Menerusi entri tersebut dia memuat naik foto bersama kedua ibu bapa Ainul.
Rata-rata pengikutnya mendoakan agar segala urusan dipermudahkan dan Ainul selamat menjalani rawatan di sana.