Pelakon popular Indonesia, Baim Wong selamat menimang cahaya mata keduanya pada Sabtu lalu.

Selepas dua hari bayi lelakinya dilahirkan Baim mengumumkan nama kedua anaknya iaitu Kenzo Eldrago Wong.

Dalam masa yang sama, Baim turut mendedahkan wajah bayinya yang dilahirkan secara pembedahan oleh isterinya, Paula Verhoeven.

“Ini (foto) yang sebenar…Adiknya Kiano Tiger Wong iaitu Kenzo Eldrago Wong,” tulisnya.

Baim berkongsi perkara tersebut di akaun Instagram miliknya.

Menerusi entri tersebut dia memuat naik foto wajah bayinya.

Paula melahirkan putera keduanya seberat 3.7 kilogram di sebuah hospital di Menteng, Jakarta.

Baim dan Paula mendirikan rumah tangga pada 22 November 2018 dan dikurniakan seorang anak lelaki Kiano Tiger Wong yang kini berusia dua tahun.

A post shared by baim wong (@baimwong)