Selamat Timang Anak Kelima, Liza Hanim Dapat Baby Boy!

Amri Hassan
Januari 26, 2019 05:35 MYT
Bintang Gegar Vaganza musim keempat (GV4) Liza Hanim telah selamat melahirkan seorang bayi lelaki di sebuah pusat perubatan ibu kota tepat pukul 11 malam tadi (Jumaat).
Perkara itu diumumkan menerusi akaun Instagramnya hari ini.
"Allahuakbar!!!! Alhamdulillah dengan izin Nya, saya telah selamat melahirkan seorang bayi lelaki semalam pada pukul 11 malam.
"Syukur ke hadrat Allah SWT, serta berkat doa kalian semua. Terima kasih semua!! Alhamdulillah," tulis Liza.
Khabar gembira itu disusuli ucapan tahniah daripada rakan selebriti antaranya Puan Sri Tiara Jacquelina, Dayang Nurfaizah, Syura Badron, Lan Solo, Haiza dan ramai lagi.
Liza mendirikan rumah tangga bersama bekas anggota kumpulan Indigo, Mohamed Shahrin Samsudin pada tahun 2003 dan dikurniakan empat cahaya mata, dua lelaki dan dua perempuan.
#Anak #Bersalin #Liza Hanim