Hiburan
Selamat Tinggal Dunia Hiburan... Ini Khabar Terkini M. Daud Kilau! - "Saya Dah Tak Larat Nak Berdiri & Bergelek"
"Saya hanya mahu menghabiskan sisa hidup ini, berapa lama lagi Allah bagi saya," getus Raja Gelek, Datuk M. Daud Kilau.
Memetik laporan Perak Gazette, kadar kesihatan penyanyi yang popular dengan lagu Cek Mek Molek itu merosot sejak mengalami komplikasi membuang air kecil pada tahun 2016.
"Selepas itu saya masih mampu lagi memenuhi undangan membuat persembahan namun setahun kemudian, kesihatan saya semakin teruk.
"Sekarang saya membuat rawatan susulan dua atau tiga minggu sekali di klinik dan hospital.
"Saya menghidap sakit kencing manis, kebas kaki dan tangan serta pinggang yang rasanya sakit sangat.
"Saya dah tak larat nak berdiri dan bergelek di atas pentas lagi. Tak boleh nak buat persembahan lagi," katanya.
Ekoran itu juga, beliau terpaksa menolak tawaran biarpun hanya dikehendaki duduk di pentas sambil menyanyi.
Sepanjang menetap di kampung halamannya di Kampung Sungai Balai, Perak, beliau pernah mencuba mengusahakan tanaman kelapa matag dan koko.
"Namun tanaman yang saya usahakan tak menjadi sebab saya dah tak larat. Saya berharap peminat mendoakan kesihatan saya.
"Setiap kali kalau rindukan peminat, saya tatap koleksi baju labuci yang masih saya simpan dengan rapi," tambahnya.
Sumber: Perak Gazette
Must-Watch Video