Gaya Hidup
Selamat Tinggal Tam... Badak Sumbu Sumatera Terakhir Di Malaysia Telah Mati
Seekor badak sumbu Sumatera jantan terakhir yang berada di Malaysia bernama Tam telah menghembuskan nafas terakhirnya.
Berita sedih itu diumumkan oleh Jabatan Hidupan Liar Sabah di bawah Kementerian Pelancongan, Kebudayaan, Alam Sekitar negeri.
Memetik laporan Kosmo, Tam mati sekitar jam 12 tengah hari pada hari Isnin.
"Segala usaha rawatan telah dilaksanakan dengan penuh kasih sayang dan dedikasi," jelas Pengarah Jabatan, Augustine Tuuga.
Pasukan Borneo Rhino Alliance (Bora) di bawah Dr. Zainal Zahari Zainuddin di Santuari Badak Sumbu Borneo, Rizab Hidupan Liar Tabin, Lahad Datu telah mencuba pelbagai usaha untuk mengurangkan kesakitan yang dialami Tam.
Menurut Timbalan Ketua Menteri Sabah, Datuk Christina Liew, punca sebenar kematian Tam akan diketahui selepas bedah siasat dilaksanakan.
Terdahulu, keadaan kesihatan Tam kian merosot bermula sejak April lalu.
Dia juga dilihat mula hilang selera makan dan kurang bertindak balas dipercayai satu atau lebih organ dalaman haiwan itu tidak lagi berfungsi dengan baik.
Selamat tinggal Tam, damailah kau di tempat yang lebih baik.
Must-Watch Video