Hiburan
“Selamat Ulang Tahun Ke-9” - Isteri Dalam Pantang, Tomok Tetap Sweet
Penyanyi Tomok baru sahaja menyambut ulang tahun ke-9 perkahwinannya bersama isteri tersayang Rahayu Abas.
Sebagai tanda terima kasih dan sayang pada isteri, Tomok telah memuat naik video pendek yang merakamkan detik-detik indah perkahwinan mereka.
“Selamat ulang tahun perkahwinan yang ke sembilan buat isteri saya yang tercinta. Alhamdulillah Allah mudahkan segalanya. Shah sayang Ayu,” tulisnya.
Dalam pada itu Ayu menerusi ruangan komen entri tersebut memohon maaf kepada suaminya kerana hampir terlupa mengenai ulang tahun mereka disebabkan kerana sibuk berpantang.
“Happy anniversary sayang. Maaf tahun ni hampir terlupa. Sibuk berpantang gitew. Apa pun, berapa tahun pun saya akan sentiasa menyayangi awak sehingga nafas terakhir,” coretnya.
Terdahulu, Ayu selamat melahirkan bayi perempuan secara normal di sebuah pusat perubatan di ibu negara, pada 4 Jun 2020 dan diberi nama Siti Khadijah.
Untuk rekod, Tomok dan Rahayu mendirikan rumah tangga pada 1 Julai 2011 dan dikurniakan dua cahaya mata lelaki, Arrianshah Akid, 8 dan Andrashah Iman, 5.
Must-Watch Video