Raikan Wira Wonda Kita! Kongsikan kisah inspirasi wira anda & menangi wang tunai RM10,000

“Selamat Ulang Tahun Syurgaku” - Netizen Sebak Tonton Babak MK K-Clique Video Call Ibu

Azwa Rahman
13/10/2020 05:33 MYT
Penyanyi rap kumpulan K-Clique, MK menyambut ulang tahun ibu tercinta, Kamariah menerusi satu paparan istimewa dalam video muzik lagu terbaru mereka, Pulang.

Menerusi laman sosial Instagram, MK atau nama sebenarnya, Muhammad Hairi Amin Hamdan, 24, berkongsi babak terbabit untuk tatapan umum.

“Semuanya tentang keluarga. Dua hadiah terbesar yang mereka beri pada saya adalah akar dan sayap. Alhamdulillah, selamat ulang tahun syurgaku @kamariah101. Sebentar ku pulang…” tulis MK pada ruangan kapsyen.

Its all about family. Two of the greatest gifts they gave me are roots and wings. Alhamdulillah. Selamat ulang tahun syurgaku @kamariah1010 ? Sebentar ku pulang .. ?: @alhanafi.j @candy_yik @huntwostudios

A post shared by MK K-CLIQUE (@hairiwhuut) on


Menerusi perkongsian itu lagi, mereka berada di Kota Kinabalu bersama keluarga masing-masing dan MK mengambil ruang menghubungi ibunya yang berada di Tawau untuk bertanya khabar.

Melihat kegembiraan anggota K-Clique yang lain gembira melayan keluarga masing-masing, dia kelihatan sebak kerana terpaksa berjauhan dengan ibunya.

Meninjau ke ruangan komen, rata-rata wargamaya berasa sebak melihat momen MK terkenang ibunya di kampung.

Malah, ada juga yang turut mengucapkan selamat hari lahir buat ibu MK.

“Tanpa keluarga, kita tiada apa-apa. Keluarga awak mesti bangga dengan awak. Sebentar, nanti MK pulang,” kata seorang wargamaya.

“Cara dia layan ibu dia memang beri inspirasi,” komen seorang wargamaya.

“Sayu dan pilu bila part hujung tu. Saya menangis! Tahniah untuk video muzik yang awesome,” puji seorang wargamaya.

“Sabar ya MK, insyallah dengan izin Allah semuanya akan kembali pulih seperti dulu. Semoga Allah jaga mak abang MK dan semua yang ada di muka bumi ni,” tulis seorang wargamaya.

“Selamat ulang tahun mama mertuaku,” usik seorang wargamaya lagi.

Video muzik Pulang sehingga kini telah mencapak tangga ketiga trending di YouTube dengan 900,000 tontonan dalam masa dua hari dimuat naik.


#Sabah #Pulang #MK K-Clique