Hiburan
"Selamat Ulang Tahun Untuk Kita" - Elfira Loy Sambut Ulang Tahun Perkahwinan Pertama
Pelakon Elfira Loy menyambut ulang tahun perkahwinan pertama bersama suaminya, Muhamad Khairol Faris Anuar hari ini.
Berita gembira itu dikongsi Elfira menerusi sebuah entri di akaun Instagram miliknya buat tatapan ramai.
"Selamat ulang tahun untuk kita sayang, saya sayang awak juga," tulisnya ringkas sebagai kapsyen.
Perkongsian itu mendapat perhatian dari para pengikut Elfira di ruangan komen.
Rata-rata mereka mengucapkan selamat ulang tahun dan mendoakan kesejahteraan buat Elfira dan Faris.
Terdahulu, pasangan ini mendirikan rumah tangga pada 1 Januari 2019.
Hasil perkahwinan itu, mereka dikurniakan seorang cahaya mata, Muhammad Rayan Khalaf pada 1 Oktober lalu.
Must-Watch Video