Masa Depan, Pilihanmu. Daftar Sekarang!

Selamba Bercuti Dengan Bekas Isteri, Ramai Puji Parenting Keith Foo Pada Anak

Syafiqah Jalal
22/07/2022 08:38 MYT
Meskipun sudah membawa haluan masing-masing, pelakon Keith Foo dilihat tidak kekok untuk bercuti bersama bekas isteri, Kim Raymond disamping anak tersayang.

Keith menerusi satu kemas kininya di akaun Instagram miliknya memuat naik foto mereka bertiga ketika bercuti di Bali, Indonesia baru-baru ini.

"Jika kita ikhlas dalam berupaya untuk kebahagian hidup keluarga. Tuhan akan memudahkan dan menunjukan jalan," tulisnya dalam kapsyen.

Di dalam foto berkenaan, anak mereka, Skylar sedang duduk di atas kerusi malas di tepi pantai sambil diapit Keith dan Kim.

Kemas kini itu mendapat perhatian pengikutnya yang rata-rata memuji cara keibubapaan mereka meskipun sudah bercerai.

“Ibu bapa yang bagus. Suka melihat kamu berdua buat yang terbaik untuk Skylar,” puji salah seorang pengikutnya.

“Suka lihat semua bersama,” kata salah seorang warga maya.

Terdahulu, Keith memberitahu pendiriannya yang terbuka untuk menjalinkan hubungan sebagai rakan dengan bekas isteri demi kebaikkan anak mereka.

Keith mendirikan rumah tangga dengan Kim pada November 2015 dan mereka dikurniakan anak pada 30 Mei 2017.

Bagaimanapun hubungan mereka tidak bertahan lama apabila pasangan itu sah bercerai pada Disember 2019.

A post shared by Keith Foo (@keithfoo)

A post shared by Keith Foo (@keithfoo)

#Anak #Keith Foo #Bercerai #Bercuti #Bekas Isteri #Keluarga
;