Apabila sebut sahaja tentang bazar Ramadan, pasti ramai yang memikirkan tentang juadah-juadah enak untuk berbuka puasa.

BERITA TRENDING: Jual 34 Perisa Air Balang, Peniaga Bazar Ramadan Kaut Untung RM10,000 Sehari!

Tetapi berbeza dengan satu hantaran tular di Platform X, dapat dilihat seorang peniaga dengan selamba membuka sebuah gerai kecil untuk menjual rokok yang terdiri daripada pelbagai jenama.

“Rileks je jual rokok dekat bazar,” tulis akaun itu di ruangan kapsyen.


Tinjauan ke ruangan balas hantaran tersebut mendapati rata-rata netizen merasakan perkara itu sesuatu tindakan yang pelik dan ‘berani’ oleh peniaga berkenaan.

“Pelik-pelik je lah,”

“Memang hati keringlah orang Klang ni,”

“Masa dulu nak beli rokok ni macam nak pergi ambil d*dah, sorok-sorok. Sekarang jual secara terbuka je ‘keras’ betul.”

Dalam pada itu, ada juga yang mengambil peluang berseloroh selepas melihat entri berikut.

“Bagi lokasi! Nak sokong bisnes lokal,”

“Rokok selepas iftar,”

“Aku syak dia jual rokok suami dia ni.”

Sekadar info, menurut warga maya menerusi ruangan balas menyatakan bahawa lokasi penjualan rokok secara terbuka itu berlaku di sebuah bazar di Andalas, Klang.

Setakat artikel ini ditulis, entri itu meraih hampir 90,000 tontonan dan lebih 700 tanda suka di Platform X.