HIBURAN
Selamba Peluk Peminat Wanita, PU Syed Tegur Sikap Jefri Nichol – “Jaga Tatasusila, Kena Hati-Hati”
Penceramah bebas, PU Syed menegur kelakuan pelakon Indonesia, Jefri Nichol susulan tindakannya yang selamba memeluk dan mengusap perut seorang peminat wanita.
Tegur sikap Jerfi Nichol
Menerusi perkongsian terbaharu di Instagram, PU Syed atau nama sebenarnya Syed Mohd Bakri Syed Ishak kurang senang apabila Jefri seolah-olah menormalisasikan perbuatan tersebut.
“Normalisasikan dosa ini adalah seperti apabila kita buat dosa tetapi tidak rasa apa-apa.
“Sama juga seperti yang berlaku kepada artis ini dan juga peminat dia bila mana artis dok pegang, gosok-gosok perut.
“Peminat pula lebih-lebih, siap peluk lagi artis kesayangan,” ujarnya.
Jaga batas
Dalam pada itu, PU syed turut menegaskan tentang batas pergaulan seorang Muslim yang perlu dituruti.
“Hidup kita ni sebagai umat Islam ada batasannya, ada benda boleh buat dan ada benda yang tak boleh buat.
“Nasihat kepada Jefri Nichol yang tengah viral sekarang ini supaya jaga tatasusila, kita ini orang Islam. Kena berhati-hati.
“Terutama pihak yang berwajib perlu meletakkan suatu lunas lunas, garis panduan perlu ada. Perlu memberikan ingatan dan perlu tegas,” tegasnya.
Berikut merupakan perkongsian penuh PU Syed:
Must-Watch Video